26.6 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 7, 2024

Kumpulan samun bersenjata ‘Geng Jiva’ tumpas

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

KUMPULAN penjenayah samun bersenjata paling dikehendaki di Ipoh, Geng Jiva tumpas susulan penangkapan empat individu termasuk ketuanya di sebuah rumah di Taman Syabas, Ipoh, Perak, Selasa lalu.

Ketua Polis Ibu Pejabat Daerah (IPD), Yahaya Hassan berkata, serbuan dilakukan Cawangan Siasatan Khas (D9), Bahagian Siasatan Jenayah IPD Ipoh pada pukul 5.45 petang.

Susulan itu katanya, tiga lelaki dan seorang wanita berumur antara 26 hingga 35 tahun ditahan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.

“Turut dirampas termasuklah pisau, motosikal dan telefon bimbit yang digunakan suspek.

Advertisements

“Semakan mendapati kesemua suspek memilik rekod jenayah pelbagai kesalahan manakal tiga daripadanya didapati positif dadah jenis Methamphetamine menerusi saringan air kencing,” katanya menerusi kenyataan malam tadi.

Menurut Yahaya, kesemua suspek ditahan reman antara satu hingga empat hari bagi membantu siasatan.

“Dengan tertangkapnya kesemua suspek, sekurang-kurangnya 24 kes jenayah kekerasan dan 34 kes jenayah harta benda di sekitar Ipoh khususnya di Taman Canning, Taman Ipoh Timur dan Bercham berjaya diselesaikan.

“Pihak polis sedang melengkapkan siasatan kes-kes terlibat dan akan merujuk kertas siasatan kepada timbalan pendakwa raya untuk cadangan pertuduhan,” jelasnya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

MASA, IDS jalin kerjasama bidang penyelidikan, masyarakat

INSTITUT Kajian Pembangunan (Sabah) IDS dan Institut Masa Depan Malaysia (MASA), hari ini menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bertujuan menjalin...

Lagi Artikel Berkaitan