28.5 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Wan Fayhsal tuduh SPRM cuba bunuh karakter Hamzah

Pertuduhan-pertuduhan tersebut dikenakan terhadap individu lain namun dengan sengaja menyasarkan dan menamakan Ketua Pembangkang.

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

ARMADA BERSATU Malaysia mengecam tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang sengaja menamakan mantan Menteri Dalam Negeri dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin dalam beberapa pertuduhan yang dikenakan terhadap seorang ahli perniagaan.

Ketuanya, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal, berkata, pertuduhan-pertuduhan tersebut dikenakan terhadap individu lain namun dengan sengaja menyasarkan dan menamakan Ketua Pembangkang bertujuan memalukan dan menjatuhkan imej serta kredibiliti beliau di mata awam.

“Ini jelas satu pembunuhan karakter yang dibuat bagi mempengaruhi sokongan rakyat yang semakin meningkat kepada Perikatan Nasional (PN) terutamanya menjelang Pilihanraya enam Negeri yang bakal berlangsung tidak lama lagi,”katanya menerusi kenyataan semalam.

Wan Ahmad Fayhsal berkata, tindak tanduk SPRM sejak kerajaan campuran Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) mengambil alih pentadbiran negara telah dikritik hebat termasuklah cara badan tersebut mengendalikan isu Hakim, Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali yang telah mencemar nama institusi Badan Kehakiman negara.

“Justeru ARMADA mendesak SPRM supaya menjalankan tugas secara profesional agar rakyat tidak melihat SPRM seolah-olah dipergunakan oleh pihak-pihak tertentu bagi tujuan lain,”katanya.

Sebelum ini, Hamzah yang juga bekas Menteri Dalam Negeri hairan apabila dikaitkan dalam kes rasuah membabitkan projek-projek di bawah KDN walaupun tiada langsung pembabitannya.

Ia susulan tindakan SPRM telah mengenakan empat pertuduhan rasuah terhadap seorang individu bernama Datuk Seri Sim Choo Thiam. – Edisi 9

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan