25 C
Kuala Lumpur
Friday, December 1, 2023

UEL: Gatti penyelamat Juventus, bantu ikat Sevilla

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

FEDERICO Gatti menjaringkan gol pada minit ketujuh masa kecederaan bagi membantu Juventus mengikat Sevilla 1-1 dalam aksi separuh akhir pertama Liga Europa (UEL) di Stadium Allianz, Turin awal pagi tadi.

‘Raja’ UEL, turun ke gelanggang lawan dengan misi ke final bagi memburu kejuaraan kelapan menerusi dominasi penuh sepanjang perlawanan.

Sevilla bermula garang apabila tandukan jarak dekat penyerang, Youssef En-Nesyri berjaya diselamatkan penjaga gol, Wojciech Szczesny.

Penyerang antarabangsa Maghribi itu bagaimanapun berjaya menembusi gawang The Old Lady pada minit ke-26 apabila menyudahkan hantaran Lucas Ocampos untuk menjadikan kedudukan 1-0.

Pelawat terlepas beberapa peluang menambah jaringan sebelum rehat apabila Ocampos dan En-Nesyri gagal menyudahkan peluang terhidang sambil Szczesny menafikan percubaan jarak jauh Ivan Rakitic.

Juventus yang beraksi hambar dalam satu jam pertama perlawanan berjaya melakukan percubaan tepat pertama ke arah gol menerusi Samuel Iling Junior namun tepat ke dakapan Yassine Bounou.

Nasib nyata menyebelahi Juventus apabila berjaya memperolehi gol penyamaan pada waktu kecederaan selepas Gatti menanduk masuk sepakan penjuru Paul Pogba sekali gus mengikat kedudukan untuk separuh akhir pertama itu.

Kedua-dua pasukan akan berentap di Stadium Roman Sanchez Pijuan miggu depan dan akan bertemu pemenang di antara AS Roma atau Bayer Leverkusen di final. – Edisi 9

Terkini

KKM rekod lima kes baharu cacar monyet

KEMENTERIAN Kesihatan (KKM) merekodkan lima kes baharu jangkitan cacar monyet dalam tempoh 31 Oktober hingga semalam, menjadikan jumlah kumulatif jangkitan...

Lagi Artikel Berkaitan