Tuesday, July 21, 2026

Lelaki hilang tiga hari lalu, ditemui lemas

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEORANG lelaki yang dilaporkan hilang sejak tiga hari lalu selepas terjun ke dalam sungai di Jambatan Kota Lama Klang, ditemui lemas.

Mayat lelaki yang berusia 50an ditemui kira-kira pukul 11.07 pagi semalam di dalam perangkap sampah iaitu 500 meter dari lokasi dilaporkan hilang.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Hafisham Mohd. Noor berkata, laporan kehilangan lelaki itu diterima pada pukul 6.13 petang, Isnin lalu selepas mangsa terjun dalam sungai dan dipercayai hanyut.

Katanya, kerja-kerja pencarian telah dilakukan sejak hari kejadian termasuk menggunakan dua buah bot.

“Pekerja kontraktor kemudiannya telah menemui mayat mangsa di dalam perangkap sampah,”katanya menerusi kenyataan semalam.

Ujar beliau, bomba kemudiannya bertindak mengeluarkan mangsa sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya. – Edisi 9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan