Friday, July 24, 2026

ECL: West Ham bawa bekal tipis ke Belanda

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

WEST Ham United bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan AZ Alkmaar, 2-1 dalam aksi separuh akhir pertama Liga Konferensi Europa (ECL) di Stadium London awal pagi tadi.

The Hammers mendominasi 30 minit pertama perlawanan namun kesabaran pelawat menyerap asakan berhasil empat minit sebelum rehat.

Alkmaar memperoleh gol pertama menerusi sepakan kencang Tijjani Reijnders dari luar kawasan penalti menewaskan Alphonse Areola menjadikan kedudukan 1-0.

Penjaga gol Perancis itu sepatutnya melakukan usaha lebih baik yang mampu menyelamatkan gawangnya daripada dibocori.

West Ham dihadiahkan sepakan penalti selepas Mathew Ryan tertumbuk kepada Jarrod Bowen yang terlebih dahulu menanduk bola berkenaan.

Pemain sayap, Said Benrahma tidak mempunyai masalah menewaskan penjaga gol Australia itu untuk menjadikan kedudukan 1-1.

Gol kemenangan yang dicari skuad bimbingan David Moyes itu tiba pada minit ke-75 menerusi jaringan Michail Antonio.

Penyerang Inggeris tersebut mudah menolak masuk bola yang cuba dikeluarkan dari atas garisan gol oleh pertahanan Alkmaar, Yukinari Sugawara susulan tandukan Nayef Aguerd.

Kedudukan itu kekal sehingga wisel penamat sekali gus menyaksikan West Ham membawa bekalan tipis ke Belanda yang mana aksi separuh akhir kedua akan berlangsung awal pagi 19 Mei nanti. – Edisi 9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan