26.6 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 7, 2024

EPL: United tewas lagi

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

KEDUDUKAN Manchester United untuk layak secara automatik ke Liga Juara Juara Eropah (UCL) kian goyah selepas mencatat kekalahan kedua dalam tempoh tiga hari apabila tewas 1-0 kepada West Ham United di Stadium London awal pagi tadi.

Lebih malang lagi, gol kemenangan dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) yang diperoleh tuan rumah itu adalah berpunca daripada kesilapan penjaga gol mereka sendiri, David De Gea.

Ini selepas kegagalan penjaga gol berpengalaman Sepanyol itu menepis percubaan lemah pemain sayap, Said Benrahma pada minit ke-27 sekali gus membantu The Hammers mengekalkan status mereka di EPL musim depan.

United bermula baik menerusi percubaan Bruno Fernandez pada minit ketujuh namun sepakannya sedikit tersasar ke sebelah kiri gawang West Ham yang dikawal Lukasz Fabianski.

Pada minit ke-17 pula menyaksikan Marcus Rashford terkena bahagian sebelah luar tiang gol sebelum bola melantun keluar.

Advertisements

West Ham bagaimanapun memperoleh gol pertama pada minit ke-27 apabila Benrahma melepaskan satu percubaan lemah dari luar kawasan penalti untuk menjadikan kedudukan 1-0.

Anthony hampir menyamakan kedudukan buat United apabila melepaskan satu percubaan dari dalam kawasan penalti namun rembatannya sekadar terkena tiang.

Fabianski cemerlang di gawang tuang rumah apabila menyelamatkan beberapa percubaan United di babak kedua masing-masing menerusi Wout Weghorst, Rashford dan Anthony Martial.

Keputusan itu menyaksikan United kekal di tangga keempat liga dengan 63 mata, dibezakan satu mata berbanding Liverpool di kedudukan kelima.

Bagaimanapun, Red Devils masih beraksi kurang satu perlawanan dan baki tiga atau empat perlawanan terakhir ini menjadi penentu pasukan mana yang akan ke UCL musim depan. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

MASA, IDS jalin kerjasama bidang penyelidikan, masyarakat

INSTITUT Kajian Pembangunan (Sabah) IDS dan Institut Masa Depan Malaysia (MASA), hari ini menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bertujuan menjalin...

Lagi Artikel Berkaitan