Thursday, June 4, 2026

Arsenal kembali himpit City

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

ARSENAL kembali menghimpit Manchester City dalam perebutan kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) apabila menundukkan Newcastle 2-0 dalam aksi di St. James Park awal pagi tadi.

Tiga mata penting yang dikutip The Gunners itu meletakkan mereka hanya satu mata di belakang The Citizens namun pendahulu liga itu masih beraksi kurang satu perlawanan.

Newcastle yang berada dalam musim terbaik mereka musim ini bermula garang apabila percubaan Jacob Murphy terkena tiang.

Skuad bimbingan Eddie Howe itu kemudiannya dinafikan sepakan penalti oleh video bantuan pengadil (VAR) susulan bola terkena tangan pemain Gunners.

Pelawat bagaimanapun mendahului pada minit ke-14 apabila percubaan rendah dari jarak 25 ela Martin Odegaard menembusi gawang tuan rumah untuk menjadikan kedudukan 1-0.

Arsenal perlu mengucapkan terima kasih kepada penjaga gol, Aaron Ramsdale yang melakukan banyak tindakan menyelamat termasuk tandukan jarak dekat, Fabian Schar pada minit ke-49.

Namun, pelawat berjaya menambah gol kedua apabila hantaran silang ke belakang Gabriel Martinelli disentuh Schar sebelum masih melepasi kawalan Nick Pope pada minit ke-72.

Arsenal berpeluang menjuarai liga jika meneng baki tiga perlawanan terakhir menentang Brighton, Nottingham Forest dan Wolves sambil mengharapkan anak buah Pep Guardiola keciciran mata. – Edisi 9

Terkini

Hektar HEIT cadang ambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East

HEKTAR REIT bercadang mengambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East (KYSKLEIS) pada nilai RM125 juta bagi memperkukuhkan aliran pendapatan...

Lagi Artikel Berkaitan