26.7 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 14, 2024

Verstappen juara GP Miami

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PEMANDU Red Bull Racing, Max Verstappen menjuarai Grand Prix (GP) Miami awal pagi tadi selepas mengenepikan saingan rakan sepasukan, Sergio Perez dan Fernando Alonso.

Vertsappen yang memulakan saingan dari petak kesembilan mengharungi perlumbaan yang menakjubkan menerusi beberapa keputusan penting bagi menyaingi Perez yang bermula dari petak hadapan.

Pelumba dari Belanda itu hanya berjaya memimpin perlawanan pada 10 pusingan terakhir sebelum menamatkan perlumbaan di tempat pertama.

“Ini satu perlumbaan yang baik. Saya berjaya mengatasi masalah di awal perlumbaan dan mula memintas satu demi satu pemandu lain.

Advertisements

“Kemudiannya saya kekal menggunakan tayar keras dan itu yang kami rasakan menjadi pemisah kepada perlumbaan hari ini,” katanya seperti dipetik dari portal rasmi Formula Satu (F1) hari ini.

Dua pelumba Mercedes, George Russel dan Lewis Hamilton masing-masing menamatkan saingan di tempat keempat dan keenam.

Kemenangan Verstappen menyaksikan juara dunia itu kekal di tangga teratas pengutan mata dengan 119, dikejar rapat Perez (105) dan Alonso di tempat ketiga (75).

Bagi kategori pengeluar, Red Bull Racing terus unggul meninggalkan pencabar lain selepas mengumpul 224 mata berbanding Aston Martin (102) dan Mercedes (96). – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Pelan Tindakan Industri Penjagaan dijangka siap Julai – KPWKM

PELAN Industri Penjagaan di Malaysia yang dirangka sebagai pemacu perubahan untuk merancakkan ekonomi melalui industri penjagaan dijangka siap Julai...

Lagi Artikel Berkaitan