Monday, July 20, 2026

F1: Verstappen cipta sejarah menang GP ke-16

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

JUARA dunia tiga kali, Max Verstappen mencipta sejarah tersendiri apabila memenangi Grand Prix (GP) ke-16 musim ini selepas mengungguli perlumbaan Formula Satu (F1) di Mexico, awal pagi tadi.

Pelumba Red Bull Racing itu memulakan perlumbaan di grid ketiga di belakang dua pelumba Ferrari, Charles Leclerc dan Carlos Sainz.

Bagaimanapun, permulaan perlahan kedua-dua pelumba Ferrari itu telah membuka ruang kepada Verstappen unutk lolos masuk antara mereka sebelum menerajui perlumbaan.

Nasib berbeza dialami rakan sepasukan Verstappen, Sergio Perez apabila terpaksa menarik diri pada pusingan pertama apabila terlibat dengan insiden perlanggaran dengan Leclerc pada selekoh pertama.

Juara dunia tujuh kali, Lewis Hamilton mempamerkan perlumbaan bertenaga apabila menamatkan perlumbaan di tempat kedua di belakang Verstappen biarpun memulakannya dari petak keenam.

Leclerc dan Sainz masing-masing menamatkan perlumbaan di tempat ketiga dan keempat sementara pemandu McLaren, Lando Noris melintasi garisan penamat di tempat kelima.

Sementara itu, kemenangan di GP Mexico menyaksikan Verstappen menyamai rekod 51 kemenangan dalam karier yang dipegang pelumba lagenda Perancis, Alain Prost.

Untuk rekod, Prost merekod 51 kemenangan dalam 199 perlumbaan sementara Verstappen hanya memerlukan 182 perlumbaan untuk menang dengan jumlah yang sama.

Prost melakukannya pada usia 38 manakala Verstappen seawal usia 26 sahaja. – Edisi 9

Terkini

AMH desak menteri, timbalan menteri BN letak jawatan

SEMUA menteri dan timbalan menteri dari Barisan Nasional (BN) didesak meletakkan jawatan masing-masing susulan tindakan parti itu yang secara...

Lagi Artikel Berkaitan