30.3 C
Kuala Lumpur
Saturday, July 20, 2024

Verstappen sambar petak utama GP Brazil

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

KEPUTUSAN pasukan Red Bull Racing membenarkan juara dunia tiga kali, Max Verstappen keluar awal pada sesi kelayakan ketiga Grand Prix (GP) Formula Satu (F1) Brazil membawa tuah apabila pelumba itu berjaya menyambar petak utama.

Ini susulan keadaan cuaca buruk di kawasan Litar Autódromo José Carlos Pace dengan pelumba hanya berpeluang melakukan satu pusingan pada sesi kelayakan ketiga.

Verstappen merekodkan catatan masa satu minit 10.727 saat (s) untuk memulakan perlumbaan di petak paling depan pada Ahad, menewaskan saingan Charles Leclerc dari Ferrari dengan perbezaan 0.294s.

Pelumba Aston Martin, Lance Stroll melakukan kejutan apabila menamatkan sesi kelayakan di tempat ketiga terpantas dengan catatan satu minit 11.344s.

Terdahulu, Vertappen yang memenangi petak utama buat kali ke-11 musim ini tidak berpuas hati dengan arahan pasukan supaya dia keluar awal melakukan catatan masa.

Advertisements

“Kereta saya asyik melompat seperti kanggaru. Kami tidak tahu bila cuaca akan hujan tetapi ini adalah gila,” kata Verstappen.

Sementara itu, Leclerc berkata, beliau tidak pernah berdepan cuaca dan pengalaman memandu dalam keadaan begitu di sepanjang kariernya.

“Dari selekoh keempat, hujan tidak turun di situ tetapi sangat sukar untuk memandu di sana.

“Perubahan angin sukar dipercayai. Kami tiada cengkaman dan saya hanya fikir mahu keluar selepas berakhirnya pusingan,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Akmal kekal luar Kabinet selagi UMNO belum dapat kepercayaan

KETUA Pemuda UMNO, Dr Akmal Saleh berpendirian untuk terus kekal berada di luar Kabinet selagi partinya belum mendapat kepercayaan...

Lagi Artikel Berkaitan