28.9 C
Kuala Lumpur
Monday, May 13, 2024

PRK Jepak: 22,731 pengundi pilih ADUN baharu hari ini

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

SEBANYAK 22, 731 pengundi berdaftar bakal menunaikan tanggungjawab hari ini bagi memilih Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) baharu dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak, Sarawak, hari ini.

Bagi PRK DUN Jepak, sebanyak empat belas pusat mengundi dan empat puluh lima saluran akan dibuka bagi memudahkan proses pengundian dijalankan.

Daripada jumlah itu, tiga pusat mengundi akan ditutup seawal empat petang sementara 11 lagi pusat mengundi hanya akan berakhir pada pukul 5.30 petang ini.

Terdahulu, 73 kertas undi pos dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kepada pemilih berdaftar yang layak melibatkan seramai 43 anggota dan pegawai polis.

Advertisements

PRK DUN Jepak menyaksikan persaingan tiga penjuru antara calon Gabungan Parti Sarawak (GPS), Iskandar Turkee; calon Parti Aspirasi Rakyat Sarawak (Aspirasi), Chieng Lea Phing dan calon Parti Bumi Kenyalang (PBK), Stevensen Joseph Sumbang.

Ini selepas kerusi DUN Jepak diisytiharkan kosong apabila penyandangnya selama enam penggal sejak 1996, Datuk Talib Zulpilip, 72, meninggal dunia pada 15 September lalu.

Menurut ramalam kaji cuaca yang dikeluarkan Jabatan Mateorologi (MetMalaysia), cuaca diramalkan baik pada sebelah pagi sementara ribut petir dan hujan dijangka melanda di satu dua tempat di DUN berkenaan.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Ghani Salleh menjangkakan peratusan keluar mengundi pada PRK DUN mencapai 65 peratus berbanding 63 peratus yang direkodkan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) 2021. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

SU Politik PM kecewa Malindo Air tutup pintu pelepasan lebih awal

SETIAUSAHA Politik Kanan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin kecewa apabila pesawat Malindo Air yang mahu...

Lagi Artikel Berkaitan