30.5 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

Bimbang diboikot, Grab keluar kenyataan nafi sokong Israel

Mesti Baca

BIMBANG berdepan tindakan boikot, Grab Malaysia segera mengeluarkan kenyataan menafikan bahawa syarikat e-hailing itu menyokong mana-mana keganasan, termasuk Israel.

Dalam satu kenyataan ringkas menerusi media sosialnya, Grab Malaysia berkata, mereka kekal teguh dengan pendirian pro-kemanusiaan.

Syarikat itu juga menyokong sebarang usaha ke arah keamanan dan pelaksanan gencatan senjata.

“Grab tidak menyokong sebarang bentuk keganasan dan sebagai ahli United Nations Global Compact (UNGC), mendukung prinsip asas UNGC yang menghormati perlindungan hak asasi manusia,” kata kenyataan itu.

Kenyataan itu dikeluarkan susulan tular tangkap layar daripada Insta Story milik isteri pengasasnya, Chloe Tong yang didakwa menzahirkan sokongan terhadap Israel.

Advertisements

Ekoran itu, orang ramai mula mengancam untuk memboikot Grab.

Bagaimanapun, wanita tersebut menafikan dakwaan itu dan menyatakan pandangan tersebut disuarakan menerusi platform peribadi, serta diambil di luar konteks sebenar.

“Insta Story saya dibuat sebelum saya memahami tentang apa yang terjadi antara Israel dan Gaza. Sepertimana manusia lain, saya berharap gencatan senjata dan keamanan (di Palestin),” kata kenyataan itu yang memetik Insta Story terbaharu Chloe.

Pandangan Chloe Tong yang didakwa dibuat menerusi Insta Story pada 26 Julai lalu. – Sumber: Media sosial

Sejak tercetusnya serangan terbaharu Israel terhadap penduduk Palestin di Gaza, orang ramai mula memboikot produk-produk yang dipercayai menyokong pengganas Zionis itu.

Antara yang terkesan termasuk beberapa restoran francais antarabangsa seperti McDonalds dan Starbuck. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Kasino di Forest City: Chegu Bard ditahan reman dua hari

BADRUL Hisham Shaharin atau Chegu Bard direman susulan membuat hantaran yang mengaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan...

Lagi Artikel Berkaitan