26.1 C
Kuala Lumpur
Sunday, June 23, 2024

Penamaan calon PRK Sungai Bakap 22 Jun, mengundi 6 Julai

Mesti Baca

HARI pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap, Nibong Tebal, Pulau Pinang ditetapkan pada Sabtu, 6 Julai, umum Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini.

Timbalan Pengerusi SPR, Dr Azmi Sharom berkata, keputusan itu dibuat dalam mesyuarat suruhanjaya itu hari ini.

Beliau berkata, SPR turut menetapkan hari penamaan calon pada 22 Jun manakala pengundian awal pada 2 Julai 2024.

“Tempoh berkempen ditetapkan 14 hari bermula selepas pengisytiharan calon-calon yang bertanding pada 22 Jun 2024 (Sabtu) sehingga pukul 11.59 malam, 5 Julai 2024 (Jumaat).

“Urusan permohonan semua kategori undi pos luar negara dan dalam negara bagi PRK Dewan Undangan N.20 Sungai Bakap, Pulau Pinang dibuka bermula dari hari ini, 6 Jun 2024 (Khamis),” katanya hari ini.

Advertisements

Azmi berkata, seramai 552 orang petugas akan dilantik bagi mengendalikan proses PRK di 66saluran mengundi termasuk satu saluran mengundi awal di 10 lokasi.

Pada masa yang sama beliau berkata, PRK Sungai Bakap itu memerlukan peruntukan sebanyak RM2.1 juta.

DUN Sungai Bakap mengandungi 39,279 orang pemilih yang terdiri daripada 39,222 orang pengundi biasa dan 57 orang anggota polis.

PRK Sungai Bakap diadakan berikutan kematian penyandangnya, Nor Zamri Latiff daripada Perikatan Nasional (PN) pada 24 Mei lalu.

Nor Zamri yang juga Yang Dipertua Pas Nibong Tebal menang Pilihan Raya Negeri (PRN) Ogos tahun lalu menentang calon Pakatan Harapan (PH), Nurhidayah Che Rose dengan majoriti 1,563 undi. Beliau mendapat 15,433 undi. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

PRK Sungai Bakap: Pilih Cikgu Joohari atau Abang Abidin

PENGUNDI di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap akan membuat pilihan sama ada Cikgu Joohari atau Abang Abidin sebagai...

Lagi Artikel Berkaitan