Thursday, July 23, 2026

Ahmad Jailani dilantik sebagai Pengerusi baharu SPA

Mesti Baca

TIMBALAN Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Operasi), Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) Datuk Seri Dr Ahmad Jailani Muhamed Yunus dilantik sebagai Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) yang baharu.

Pelantikan Ahmad Jailani yang juga bekas Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Luar Bandar untuk tempoh tiga tahun berkhuatkuasa hari ini.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali berkata, pelantikan Ahmad Jailani mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong selaras dengan Perkara 139(4) Perlembagaan Persekutuan.

Zuki berkata, Ahmad Jailani yang memiliki Ijazah Kedoktoran dari Hiroshima University, Jepun juga mempunyai pengalaman yang luas selama 30 tahun dengan memegang pelbagai jawatan penting dalam Perkhidmatan Awam.

Ahmad Jailani mengisi jawatan yang kosong hampir 11 bulan itu selepas Tan Sri Zainal Rahim Seman menamatkan perkhidmatan beliau pada 24 Julai 2023 setelah memimpin SPA selama lima tahun. – Edisi 9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan