31.8 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

Verstappen lakar sejarah menang 10 perlumbaan berturut-turut

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

MAX Verstappen melakar sejarah tersendiri apabila menjadi pemandu Formula Satu (F1) pertama memenang 10 perlumbaan Grand Prix (GP) secara berturut-turut sejak 73 tahun penganjurannya.

Rekod pemenang perlumbaan GP berturut-turut sebelum ini dipegang Sebastian Vettel dengan sembilan kemenangan yang mana kedua-dua mereka merupakan pemandu pasukan Red Bull Racing.

Rekod baharu tersebut tercipta di GP Itali malam tadi apabila Verstappen menjadi pelumba pertama melepasi garisan penamat, meninggalkan rakan sepasukan Sergio Perez di tempat kedua.

Sementara itu, dua pemandu Ferrarri, Carlos Sainz dan Carles Leclerc masing-masing mengakhiri saingan di tempat ketiga dan keempat.

Advertisements

Dua pelumba Mercedes AMG-Petronas, George Russel dan Lewis Hamilton masing-masing di kedudukan kelima dan keenam.

Dominasi Verstappen dalam perlumbaan F1 musim ini tampak sukar digugat selepas menang 12 daripada 14 perlumbaan GP.

Pelumba berasal dari Belanda itu kini mendahului kedudukan pemandu dengan 364 mata, jauh meninggalkan Perez dengan jurang besar, 145 mata.

Verstappen berpeluang muncul juara dunia buat kali ketiga berturut-turut jika menang perlumbaan GP Jepun pada 24 September dengan berbaki enam perlumbaan. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

‘Oppa’ adaptasi kisah guru jadi mangsa ‘Love Scam’

TIDAK dinafikan kes yang membabitkan jenayah scam sememangnya cukup serius sehingga mangsa ditipu dan mengalami kerugian dari segi wang ringgit. Kejadian...

Lagi Artikel Berkaitan