26.7 C
Kuala Lumpur
Friday, September 13, 2024

Salah mahu kekal – Szoboszlai

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PEMAIN tengah Liverpool, Dominik Szoboszlai mendedahkan rakan sepasukannya, Mohamed Salah mahu kekal di Anfield.

Ini selepas saga perpindahan penyerang Mesir itu semakin panjang dengan kelab Arab Saudi, Al-Ittihad dilapor sedia menawarkan yuran perpindahan sebanyak RM1.17 bilion.

Kelab gergasi Arab Saudi itu pada Khamis lalu menawarkan sebanyak RM880 juta untuk pemain berusia 31 tahun itu namun ditolak Liverpool.

“Dia mahu kekal di sini, mahu kekal bersama kami. Pada akhirnya (apabila pintu perpindahan Liga Pro Saudi ditutup), Salah kekal dan itu adalah berita yang hebat.

“Dia (Salah) merupakan pemain yang terbaik,” kata Szoboszlai selepas membantu Liverpool menewaskan Aston Villa, 3-0 di Anfield, malam tadi.

Advertisements

Sementara itu, pengurus The Reds, Jurgen Klopp menafikan sebarang khabar perpindahan Salah dari kelab berpangkalan di Kirkby.

“Tidak, dia tidak beritahu saya apa-apa tetapi dia tidak perlu pun katakannya. Salah telah tunjukkan sewaktu latihan, perlawanan dan tingkah-lakunya.

“Mo (Salah) tidak perlu datang ke pejabat dan beritahu saya (dia tidak akan berhijrah),” kata Klopp.

Jendela perpindahan Liga Pro Saudi masih dibuka hingga Khamis ini dengan Al-Ittihad dijangka cubar menawarkan yuran perpindahan tinggi untuk Salah dalam masa terdekat. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Agrobank tawar RM300 juta perkasa perniagaan berasaskan digital

AGROBANK menawarkan pembiayaan berjumlah RM300 juta kepada perusahaan mikro kecil dan sederhana (PKMS) melalui Program Digital Niaga dengan kerjasama...

Lagi Artikel Berkaitan