Tuesday, July 21, 2026

Arsenal lakar kemenangan dramatik ke atas United

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

ARSENAL bangkit daripada ketinggalan sebelum melakar kemenangan dramatik 3-1 ke atas seteru, Manchester United dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL), di Stadium Emirates, awal pagi tadi.

Kai Havertz terlepas peluang meletakkan The Gunners di depan pada minit ke-13 apabila sekadar menyepak angin dalam situasi kelam kabut di depan gawang.

Namun, United terlebih dahulu memecah kebuntuan apabila Marcus Rashford yang menerima hantaran Christian Eriksen bijak memperdaya dua pertahanan Arsenal sebelum melepaskan rembatan melepasi Aaron Ramsdale pada minit ke-27.

Untuk rekod, itu merupakan gol keenam Rashford ketika berdepan Arsenal.

Bagaimanapun, kelebihan anak buah Erik ten Hag tidak kekal lama apabila kapten Arsenal, Martin Odegaard menyamakan kedudukan hanya dua minit selepas gol pertama United.

Selepas rehat menyaksikan Red Devils hampir menambah jaringan pada minit ke-54 menerusi percubaan Anthony Martial namun berjaya diselamatkan Ramsdale sebelum tindakan susulan Rashford turut dihalang.

Pemain gantian, Alejandro Garnacho menggembirakan penyokong United di Stadium Emirates menerusi jaringan pada minit ke-88 namun ia kemudiannya dibatalkan selepas pemain muda itu dikesan berada dalam kedudukan ofsaid.

Ketika perlawanan seakan berakhir dengan keputusan seri, Declan Rice muncul wira The Gunners apabila sepakannya terkena pertahanan United sebelum menerjah gawang Andre Onana.

Gabriel Jesus memastikan tiga mata penuh milik mereka apabila meledak gol ketiga Arsenal selepas menyempurnakan hantaran Fabio Vieira. – Edisi 9 

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan