26.2 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Jangka hayat sebuah negara bangsa menurut Ibnu Khaldun

Mesti Baca

Editor Edisi 9
Editor Edisi 9
Editor Edisi 9

SEBUAH negara menurut Ibnu Khaldun adalah suatu makhluk hidup yang lahir, mekar menjadi tua dan akhirnya hancur. Sesebuah negara mempunyai umur seperti makhluk hidup lainnya.

Ibnu Khaldun berpendapat bahwa umur suatu negara terbahagi kepada tiga generasi atau kira-kira 120 tahun. Satu generasi pula dalam konteks biasa bagi seseorang ialah 40 tahun.

Tiga generasi yang disebutkan Ibnu Khaldun itu boleh dibahagikan seperti berikut:

Generasi Pertama – Negara hidup dalam keadaan primitif yang payah dan jauh daripada kemewahan dan kehidupan kota, penduduk masih tinggal di pedalaman dan padang pasir.

Generasi Kedua – Negara telah meraih kekuasaan dan mendirikan negara sendiri bebas daripada penjajahan, sehingga generasi ini beralih dari kehidupan primitif yang sukar ke kehidupan kota yang penuh dengan kemewahan.

Generasi Ketiga – Negara mengalami kehancuran, sebab generasi ini tenggelam dalam kemewahan, penakut dan kehilangan makna kehormatan, keperwiraan dan keberanian.

Ibnu Khaldun menyatakan jangka hayat sesebuah negara adalah 120 tahun sahaja.

Sesebuah negara pula, dalam proses perkembangannya melalui lima tahap iaitu:

Tahap Pendirian Negara – Tahap untuk mencapai tujuan, menaklukkan segala halangan dan rintangan, menguasai kekuasaan. Negara sendiri tidak akan tegak kecuali dengan ashabiyah.

Ibnu Khaldun berpendapat bahwa ashabiyah yang membuat orang menyatukan upaya untuk tujuan yang sama, mempertahankan diri dan menolak atau mengalahkan musuh.

Tahap Pemusatan Kekuasaan – Pemusatan kekuasaan ini ialah tahap adanya kecenderungan yang alamiah pada manusia.

Pada waktu itu pemegang kekuasaan melihat bahwa kekuasaannya telah mapan maka ia akan berupaya menghancurkan ashabiyah, memonopoli kekuasaan dan menjatuhkan anggota-anggota ashabiyah dari roda pemerintahan.

Advertisements

Tahap Kekosongan dan Kesantaian – Tahap untuk menikmati buah kekuasaan seiring perilaku manusia seperti mengumpulkan kekayaan, mengabdikan peninggalan-peninggalan dan meraih kemegahan. Negara pada tahap ini sedang berada pada puncak perkembangannya.

Tahap Ketundukan dan Kemalasan – Pada tahap ini, negara dalam keadaan statik, tidak ada perubahan apapun yang terjadi, negara seakan-akan sedang menantikan permulaan akhir kisahnya.

Tahap Foya-foya dan Penghamburan Kekayaan Negara – Pada tahap ini negara telah memasuki masa ketuaan dan dirinya telah diliputi penyakit krobik yang hampir tidak dapat dihindari dan terus menuju keruntuhan.

Perlu dicatat bahwa Ibnu Khaldun adalah seorang ahli politik yang sangat memahami dunia politik Islam pada abad ke-14.

Dengan melihat keruntuhan dan kelemahan yang menimpa dunia Islam pada umumnya ketika itu, serta mengamati sendiri kemunduran kebudayaan Arab-Islam di Andalusia di bawah tekanan pasukan Spanyol, tidaklah menghairankan bilamana ia berpendapat bahwa segala sesuatu akan hancur.

Pada zaman moden kini, sesebuah negara akan mengalami tekanan dari negara kuasa besar yang menentang sesuatu isu yang dibangkitkan oleh negara yang sedang berkembang.

Jika isu itu sesuai dengan selera mereka tiada masalah tetapi sekiranya isu yang diutarakan itu tidak bersesuaian dengan mereka, maka berbagai helah akan dibuat bagi menghalakan cara mereka bertindak.

Lihat sahaja apa yang telah berlaku di Iraq, Syria, dan Libya. Melalui alasan yang diada-adakan mereka sewenang-wenangnya menyerang negara lain.

Cuba bayangkan negara kita sudah 66 tahun merdeka, sebelum merdeka negeri kita sudah lama wujud.

Jika kita mengambil kemerdekaan sebagai titik awal pembinaan negara, maka kita sudah menjalani 66 tahun iaitu hampir separuh daripada ramalan Ibnu Khaldun mengenai jangka hayat sesebuah negara.

Kita mempunyai kira-kira 60 tahun lagi untuk mengalami fasa berikutnya seperti yang diteorikan oleh Ibnu Khaldun.

Semoga negara kita dapat terus maju dengan acuan kita sendiri dan tidak dicemburui oleh negara lain.


Penulis adalah bekas Pensyarah Universiti Sains Islam Malaysia. Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pendirian Edisi 9
Advertisements

Terkini

Sultan Selangor ingatkan jemaah haji kekalkan disiplin diri

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan bakal-bakal haji dari negeri itu agar mengekalkan disiplin diri semasa berada di...

Lagi Artikel Berkaitan