26.9 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 15, 2024

Sukan catur jadi titik persamaan antara negara Asia

Mesti Baca

SUKAN catur yang merupakan salah satu sukan tertua di dunia mampu menjadi wadah bagi mencari titik persamaan di antara negara-negara di Asia.

Jeneral Konsul Malaysia di Dubai, Mohd Fadly Amri Aliaman berkata, ini terbukti berdasarkan penganjuran Kejohanan Catur Amatur Asia di Muscat, Oman tahun lalu.

“Sukan catur menjadi titik persamaan kepada negara-negara Asia dan penganjuran tahun lepas di Muscat, Oman turut menjadi bukti kepada semangat kebersamaan ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Kejohanan Catur Amatur Asia Pusingan Ketujuh di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) kelmarin.

Advertisements

Dalam kejohanan yang bermula 27 Ogos lalu dan dijangka berakhir pada 4 September itu melibatkan 162 peserta daripada 28 negara benua Asia.

Dalam edisi kali ini, Malaysia menghantar Noor Hafiz Mohd Nor yang juga pemenang Papan Terbaik peringkat kebangsaan pada Kejohanan Catur Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota-anggota Kerajaan Malaysia (MAKSAK) Mac lalu.

Kejohanan catur tersebut dianjurkan oleh Persekutuan Catur UAE.

Hadir sama, Timbalan Konsul Malaysia di Dubai, Muammar Taufiqi Mustapha; Penolong Pengarah Malaysia Tourism Promotion Board, Mirza Ghalib dan Setiausaha Agung Pertubuhan Pemerkasaan Komuniti Malaysia (MPower), Tengku Fatimah Zahra Tengku Mohd Amin. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Yakin Boleh mampu membentuk nasionalisme kalangan belia

Oleh MOHAMMAD RIZAN HASSAN TEMA Hari Belia Negara 2024 yang akan di sambut pada 15 Mei ialah Yakin Boleh yang...

Lagi Artikel Berkaitan