26.4 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024

Zii Jia, dua beregu lelaki ke suku akhir kejohanan Asia

Mesti Baca

PEMAIN No. 1 negara, Lee Zii Jia menempah tempat ke suku akhir Kejohanan Badminton Asia (BAC) setelah menundukkan pemain Taiwan, Chow Tien Chen di Pusat Sukan Olimpik Ningbo, China hari ini.

Turut menempah slot ke suku akhir dua beregu lelaki negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani.

Zii Jia yang juga pilihan kelapan kejohanan mengambil masa 39 minit untuk menundukkan Tien Chen 21-15, 21-17.

Ini merupakan kemenangan keempat pemain rangking ke-11 dunia itu dalam sembilan pertemuan kedua-dua pemain ini.

Menanti Zii Jia di suku akhir ialah pemenang antara JOnatan Christie dari Indonesia yang berdepan dengan pemain Hong Kong, Lrr Cheuk Yin.

Dalam perlawanan pembukaan semalam, pemain profesional negara itu menang bergaya ke atas pemain India berusia 26 tahun, R. Priyanshu 21-9, 21-13.

Advertisements

Pasangan utama negara, Aaron-Wooi Yik layak ke suku akhir selepas mengalahkan pasangan bukan pilihan dari Jepun, Kenya Mitsuhashi-Hiroki Okamura, 21-18, 14-21, 21-14, dalam tempoh 61 minit.

Keputusan itu menyaksikan pasangan Aaron-Wooi Yik, menang kali kedua ke atas pasangan Jepun itu, selepas kemenangan 21-10, 21-14, pada pusingan kedua Tebuka India 2024.

Perlawanan suku akhir esok menyaksikan Aaron-Wooi Yik akan berdepan pasangan tuan rumah dan pilihan ketujuh kejohanan Liu Yu Chen-Ou Xuan Yi, yang menewaskan pasangan Korea Selatan Kim Young Hyuk-Wang Chan, 21-16, 22-20, dalam satu lagi perlawanan pusingan kedua.

Sementara itu Sze Fei-Nur Izzuddin pula tidak berhadapan banyak masalah untuk layak ke suku akhir selepas menewaskan pasangan China He Ji Ting-Ren Xiang Yu.

Sze Fei-Nur Izzuddin yang menang set pertama 21-11, mengesahkan layak ke suku akhir selepas Ji Ting-Xiang Yu menarik diri pada perlawanan kedua akibat kecederaan. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Mahkamah lulus permohonan bekas kakitangan Utusan Melayu

SELEPAS hampir lima tahun tiada sebarang berita mengembirakan buat bekas kakitangan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad yang ditamatkan perkhidmatan selepas...

Lagi Artikel Berkaitan