31.5 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

Malaysia Madani: Jangan sampai abai nilai murni Islam

Mesti Baca

TIGA pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam sepakat agar kerajaan sentiasa meletakkan nilai-nilai murni Islam dalam memartabatkan agenda Madani di peringkat global.

Ketiga-tiga NGO terbabit ialah Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (Wadah), Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPMI) yang digelar WAP.

Penegasan itu dibuat pada akhir Seminar Nasional Peradaban Madani bersempena Ijtimak Harakiy Kebangsaan WAP Ketujuh di Putrajaya, semalam.

Ketiga-tiga Presiden WAP iaitu Datuk Ahmad Azam Ab Rahman (Wadah), Muhammad Faisal Abdul Aziz (ABIM) dan Ahmad Farhan Rosli (PKPIM) menekankan perlunya wujud kesediaan untuk saling berdialog, berinteraksi dan belajar dari kearifan di sekeliling kita.

“Diharapkan tatkala kita memartabatkan agenda Madani ke peringkat antarabangsa, kita juga meletakkan nilai-nilai murni Islam untuk berperanan sebagai peneraju pendekatan wasatiyyah dalam pengamalan hidup bersama dalam budaya damai (peaceful coexistence),” kata mereka menerusi satu kenyataan.

Advertisements
Seminar Nasional Peradaban Madani turut dihadiri para peserta luar negara.

Seminar Nasional Peradaban Madani yang dirasmikan oleh Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir diadakan bagi mendukung Malaysia Madani yang diangkat sebagai dasar Kerajaan Malaysia.

Bertemakan Peradaban Madani Kebangkitan Nusa & Anjakan Global, seminar tersebut turut dilatari dengan sambutan setahun pasca penubuhan kerajaan Perpaduan Malaysia.

“Penganjurannya adalah tepat dalam memperkukuh usaha merealisasikan agenda Malaysia Madani seterusnya mengangkat tamadun Khayra Ummah,” kata kenyataan itu.

Zambry dalam pidatonya menekankan soal cabaran kesiapsiagaan terhadap zaman pascanormal dalam membawa Islah dalam masyarakat.

Beliau juga memetik pandangan bekas Presiden Wadah, Allahyarham Prof. Datuk Dr Siddiq Fadzil berkenaan kepentingan peranan kaum pemikir dalam mendidik dan menggerakkan masyarakat berdasarkan risalah Nabi Muhammad SAW. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Akhyar Rashid disamun, cedera di kepala akibat dipukul

PEMAIN bola sepak kebangsaan, Akhyar Rashid cedera di kepala dan kaki selepas menjadi mangsa samun di Kuala Terengganu sekitar...

Lagi Artikel Berkaitan