27.2 C
Kuala Lumpur
Sunday, December 10, 2023

Leclerc raih petak utama GP Las Vegas

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PEMANDU Ferrari, Charles Leclerc menguasai Grand Prix (GP) Las Vegas apabila merekodkan catatan masa terpantas pada sesi kelayakan, hari ini.

Anak kelahiran Monaco itu berjaya merekodkan masa terpantas dengan catatan satu minit 32.726 saat (s) sekali gus mengenepikan saingan rakan sepasukan, Carlos Sainz dan Max Verstappen.

Bagaimanapun, Sainz bakal memulakan perlumbaan dari petak ke-12 apabila dikenakan penalti susulan penukaran enjin.

Keputusan tersebut memberi tuah kepada pelumba Mercedes AMG, George Russel yang merekodkan catatan masa keempat terpantas untuk melonjak ke kedudukan ketiga untuk memulakan perlumbaan esok.

Rakan sepasukan Russel, Lewis Hamilton pula menempuh sesi kelayakan yang menakutkan apabila tersingkir di sesi kelayakan kedua apabila sekadar mencatat catatan masa ke-12 terpantas.

Pierre Gasly bakal bermula dari petak kelima sementara rakan sepasukannya, Alex Albon serta Logan Sargeant masing-masing di tempat keenam dan ketujuh.

Hamilton dalam pada itu menyifatkan sesi kelayakan yang dilaluinya sangat teruk dengan salah satu puncanya adalah daripada kurangnya cengkaman tayar.

“Agak teruk, tapi inilah dia (perlumbaan). Saya tiada sebarang cengkaman di sana, saya tidak fikit tayar kereta saya baik sepanjang sesi. Tidak ideal, namun ianya masalah yang dialami sejak sekian lama,” katanya. – Edisi 9

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

Terkini

Pasangan warga asing diberkas jadi ejen permit kerja haram

WARGA asing dipercayai suami isteri dan ejen sindiket memperbaharui permit kerja secara penipuan, ditahan menerusi Ops Serkap di sebuah...

Lagi Artikel Berkaitan