Sunday, July 19, 2026

Hindari anak muda daripada ideologi sempit, rosakkan minda

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

ANAK-ANAK muda pada masa kini perlu terhindar daripada terjerumus dengan idealogi yang sempit dan merosakkan minda. 

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, mereka perlu didedahkan dengan pemikiran yang berdaya saing serta sentiasa berlumba-lumba untuk mencapai kejayaan yang cemerlang.

Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata, zaman kanak-kanak perlu dipenuhi dengan pengalaman indah, mencuba dan melakukan perkara yang membawa manfaat kepada diri sendiri dan orang sekeliling.

“Kita perlu sedar bahawa anak-anak sentiasa menagih kata nasihat dan panduan, jangan sampai kita kita terlepas pandang elemen kecil ini yang besar impaknya kepada mereka.

“Terapkanlah penerapan nilai-nilai murni dan adab susila yang terpuji dalam mendidik dan mentarbiah anak-anak supaya kita dapat membina Malaysia yang maju, harmoni dan berdaulat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Hari Potensi Tabika Kemas Peringkat Kebangsaan Kali Ke-18 di Shah Alam, Selangor, malam tadi.

Program tersebut berjaya menghimpunkan kira-kira seramai 2,300 anak-anak Taman Bimbingan Kanak-kanak (Tabika) di bawah Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) dari seluruh negara.

Selain itu, program selama tiga hari itu juga mendapat dua pengiktirafan dalam Malaysia Book of Records (MBOR).

Pertama menerusi Program Arkitek Cilik Kemas bersama Agola mencipta rekod Largest Children Participation In A Building Block Event dengan melibatkan 3,000 kanak-kanak Tabika Kemas.

Sementara itu, Selawat Perdana mencipta rekod Largest Children Participation In A Selawat Recital dengan penglibatan 2,000 kanak-kanak. – Edisi 9

Terkini

Exco Johor: Enam kekal portfolio, empat lantikan baharu

SERAMAI 10 Ahli Majlis Mesyuarat (Exco) Kerajaan Negeri Johor bagi penggal 2026-2031 hari ini mengangkat sumpah jawatan masing-masing hari...

Lagi Artikel Berkaitan