32.1 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

PM tiba di Singapura untuk lawatan kerja

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim selamat tiba di Lapangan Terbang Changi, Singapura bagi memulakan lawatan kerja selama sehari ke negara tersebut.

Pesawat yang membawa Perdana Menteri mendarat pada pukul 10 malam dan beliau disambut oleh Menteri Luar Singapura, Dr. Vivian Balakrishnan dan Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Malaysia, G. M. Vanu.

Turut hadir Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir dan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Singapura, Datuk Dr. Azfar Mohamad Mustafar.

Perdana Menteri menerusi hantaran Facebook berkata, beliau tiba di Singapura untuk lawatan kerja sehari sempena Sesi Permukiman Pemimpin-Pemimpin Malaysia-Singapura Ke-10.

Advertisements

Ini adalah pertemuan pertama antara kedua-dua pemimpin dalam kerangka permukiman.

“Insya-Allah saya akan bertemu Presiden Singapura, S. Tharman dan Perdana Menteri, Lee Hsien Loong pagi esok (hari ini).

“Ia bagi berbincang dan merungkai beberapa isu tertunggak antara kedua-dua negara, di samping memperkukuh hubungan dua hala Malaysia-Singapura. Doakan urusan delegasi Malaysia berjalan lancar,” katanya, malam tadi.

Kedua-dua pemimpin dijangka akan menyaksikan pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) dalam bidang keusahawanan dan surat sampingan untuk menambah baik peruntukan-peruntukan dalam Perjanjian Bagi Tabung Pembangunan Perniagaan Malaysia-Singapura Ketiga (MSBDF). – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Pelajar UPSI adakan program bakti bersama gelandangan

SEKUMPULAN pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mengadakan program khidmat bakti bersama golongan gelandangan di Pusat Transit Gelandangan Kuala...

Lagi Artikel Berkaitan