Wednesday, June 17, 2026

West Ham ke final kejohanan Eropah selepas 47 tahun

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

SELEPAS hampir setengah abad menunggu, West Ham akhirnya mara ke final kejohanan Eropah buat kali pertama dalam tempoh 47 tahun apabila menewaskan wakil Belanda, AZ Alkmaar 3-1 awal pagi tadi.

Jaringan tunggal Pablo Fornal pada masa kecederaan sudah cukup untuk membawa The Hammers ke final Liga Konferensi Europa (ECL) yang akan berlangsung di Fortuna Arena, Republik Czeczh.

Dalam aksi di Stadium AFAS, West Ham yang membawa kelebihan 2-1 ketika aksi di Stadium London minggu lalu dilihat lebih banyak berhati-hati.

Tuan rumah pula dilihat bernafsu mencari gol penyamaan menerusi penguasaan dominan namun jentera pertahanan pelawat yang diterajui Kurt Zouma dan Nayef Aguerd begitu ampuh untuk dicerobohi.

Tidak banyak kelab yang menang di Alkmaar dan kelab itu mengekalkan rekod tanpa kalah dalam perlawanan di kejohanan Eropah.

Kali terakhir mereka tewas di laman sendiri di kejohanan Eropah adalah pada 2007 kepada Everton yang dibimbing David Moyes.

Dan kali ini Moyes sekali lagi menghantui mereka apabila meleburkan rekod tersebut menerusi jaringan Fornal pada minit ke-94.

Kejayaan ini sedikit sebanyak mengubat prestasi hambar The Hammers dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan kini Fiorentina menanti mereka bagi menentukan juara baharu ECL. – Edisi 9

Terkini

Pemimpin korporat perlu kuasai AI, elak ketinggalan

PEMIMPIN korporat di Malaysia perlu segera menguasai dan memanfaatkan kecerdasan buatan (AI) dalam operasi harian organisasi bagi memastikan mereka...

Lagi Artikel Berkaitan