32.3 C
Kuala Lumpur
Friday, May 17, 2024

10 pemain West Ham kejutkan Chelsea 

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

WEST HAM mempamerkan semangat juang yang tinggi biarpun beraksi dengan 10 pemain dalam baki hampir setengah jam perlawanan untuk menewaskan Chelsea, 3-1, di Stadium London, awal pagi tadi.

Kemenangan sulung ditempa The Hammers itu diraih selepas kerja keras dan kerjasama berpasukan yang ditunjukkan setiap pemain dalam menyerap asakan Chelsea yang menguasai 75.7 peratus penguasaan bola.

Skuad kendalian David Moyes itu berada di depan seawal tujuh minit apabila pertahanan, Nayef Aguerd menanduk masuk sepakan penjuru James Ward-Prowse.

Untuk rekod, Ward-Prouse merekodkan 25 bantuan gol menerusi gerakan bola mati di Liga Perdana Inggeris (EPL), kedua tertinggi selepas Christian Eriksen (29).

The Blues cuba bangkit dan berjaya menyamakan kedudukan menerusi penyudah menarik Carney Chukwuemeka sebelum melepaskan rembatan kencang melepas Alphonse Areola pada minit ke-28.

Chelsea berpeluang mendahului sebelum rehat apabila pengadil menghadiahkan sepakan penalti kerana Raheem Sterling dijatuhkan di dalam kawasan penalti.

Advertisements

Bagaimanapun, sepakan yang diambil Enzo Fernandez berjaya diselamatkan Areola sebelum bola dikeluarkan dari kawasan berbahaya oleh Tomas Soucek.

West Ham kembali di depan pada minit ke-54 apabila gerakan serangan balas pantas disudahkan Michail Antonio menerusi satu sepakan padu ke sebelah kiri gawang Robert Sanchez.

Tuan rumah terpaksa beraksi dengan 10 pemain apabila Aguerd dibuang padang susulan layangan kad kuning kedua kerana mengasari Nicolas Jackson.

Di sebalik menguasai 75.6 peratus bola, Chelsea gagal menggunakan kelebihan beraksi dengan sorang pemain.

Sebaliknya, West Ham dihadiahkan sepakan penalti pada waktu kecederaan dan kemudiannya disudahkan Lucas Paqueta untuk menjadikan kedudukan 3-1. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Balai polis Ulu Tiram diserang, dua anggota, suspek maut

DUA anggota polis maut manakala seorang cedera akibat ditembak dan ditetak seorang lelaki yang menceroboh masuk ke Balai Polis...

Lagi Artikel Berkaitan