27.7 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 5, 2024

Southgate panggil Palmer perkuat Three Lions

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PRESTASI cemerlang pemain muda Chelsea, Cole Palmer mendapat perhatian daripada pengendali skuad Three Lions, Gareth Southgate apabila beliau dipanggil bagi memperkuatkan pasukan untuk kempen kelayakan Kejohanan Eropah (Euro) 2024.

Palmer yang merupakan produk akademi Manchester City berhijrah ke Stamford Bridge bagi meraih lebih minit permainan pada musim panas lalu berjaya membuktikan kualitinya setiap kali menyarung jersi The Blues.

Terbaharu, Palmer muncul penyelamat skuad bimbingan Mauricio Pochettino apabila menyempurnakan sepakan penalti pada waktu kecederaan bagi membantu Chelsea mengikat City, 4-4, awal pagi semalam.

Untuk rekod, sejak meninggalkan Stadium Ettihad, Palmer telah memperoleh lebih minit permainan dan meledak empat gol bersama Chelsea.

Advertisements

Sementara itu, Southgate turut memanggil dua lagi pemain lain susulan kecederaan Calum Wilson, James Maddison dan Lewis Dunk.

Bekas rakan sepasukan Palmer di Manchester, Rico Lewis turut berpeluang melakukan penampilan sulung untuk skuad senior selepas dipanggil bersama pertahanan Aston Villa, Ezri Konsa.

Lewis telah melakukan 12 penampilan bersama The Citizen dengan prestasi cemerlang ketika menentang RB Leipzig dan Young Boys merupakan antara alasan mengapa Southgate memanggil pertahanan berusia 18 tahun itu.

Ketiga-tiga pemain tersebut bakal melakukan debut jika diturunkan dalam aksi menentang Malta atau Macedonia Utara, minggu ini. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan