24.9 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

Palestin: Pemuda UMNO gesa menteri tarik balik kenyataan

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PERGERAKAN Pemuda UMNO menggesa Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi menarik semula kenyataan yang dikeluarkan berhubung isu perlindungan kepada pelarian Palestin di Sarawak.

Ketuanya, Dr. Muhamad Akmal Saleh berkata, kenyataan itu jelas bertentangan dengan pendirian kerajaan yang selama ini tegas dan teguh bersolidariti bersama rakyat Palestin.

Kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Merlimau itu, kenyataan terserbut memperlihatkan sikap penting diri dan tidak peduli menteri terhadap kekejaman yang sedang dilakukan rejim Zionis di bumi Gaza.

“Bercanggah sama sekali dengan aspirasi yang dibawa Perdana Menteri dan Menteri Luar Negeri yang berada di Persidangan Khas Pertubuhan Negara-negara Islam (OIC) menegaskan kedudukan dan solidariti Malaysia terhadap Palestin. 

“Malangnya salah seorang menteri Kabinetnya membuat kenyataan yang cukup dangkal dan kontradik dari semangat tersebut,” katanya menerusi Facebook malam tadi.

Advertisements

Sebuah portal tempatan hari ini melaporkan Nanta Linggi berkata, Sarawak tidak perlu menerima sebarang pelarian khususnya dari negara yang dikenali dengan keganasan, kemarahan dan kebencian.

Dalam pada itu, Muhamad Akmal turut mempersoal kenyataan Nanta Linggi yang dilihat cuba mengaitkan Palestin sebagai salah sebuah negara yang dikenali dengan keganasan, kemarahan dan kebencian.

“Adakah menteri menyifatkan Palestin terkait sebagai negara yang dikenali dengan keganasan, kemarahan dan kebencian? Sebaliknya yang wajar disifatkan sebegitu adalah Israel bukan Palestin. 

“Saya lihat tidak ada masalah sekiranya ada usaha untuk membantu mereka yang ditindas dan dizalimi ditawarkan perlindungan. 

“Dalam keadaan yang begitu sulit buat mereka nyawa melayang, adakah Malaysia tergamak membiarkan begitu sahaja?” soal Muhamad Akmal. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Kerajaan Pusat lulus peruntukan RM1.59 bilion untuk Terengganu

KERAJAAN Persekutuan meluluskan peruntukan RM1.59 bilion di bawah Rolling Plan 4 (RP4) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) bagi manfaat rakyat...

Lagi Artikel Berkaitan