31.8 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 12, 2024

JPV rampas karkas babi import bernilai RM4.3 juta

Mesti Baca

Lukman Ismail
Lukman Ismail
Editor Edisi 9

JABATAN Perkhidmatan Veterinar (JPV) merampas karkas babi sejuk beku yang tidak dibenarkan import sebanyak 199,605 kilogram atau 199.605 tan metrik bernilai RM4.3 juta dalam dua operasi berasingan di Selangor dan Johor, baru-baru ini.

Menurut JPV dalam satu kenyataan, karkas babi tersebut dibawa masuk dari Brazil dan Rusia secara tidak sah dan tindakan diambil di bawah Subseksyen 5(1)(b), Akta Binatang 1953 (Akta 647).

Jabatan itu berkata, operasi penguatkuasaan dijalankan pada bulan Mei dan Jun serta bulan ini di lokasi-lokasi yang telah dikenal pasti.

“Hasil daripada operasi, JPV telah berjaya mengambil tindakan rampasan ke atas karkas babi yang diimport dari negara Brazil dan Rusia dan karkas babi yang tidak berlabel di 11 lokasi iaitu tujuh di Selangor dan empat di Johor.

“Jumlah keseluruhan rampasan karkas babi sebanyak 199,605 kilogram, lima buah kontena, satu unit mesin pengikat tali untuk kotak dan 59 gelung tali pengikat. Nilai keseluruhan rampasan berjumlah RM4.3 juta,” katanya dalam kenyataan hari ini.

JPV berkata tindakan penguatkuasaan itu hasil risikan ke atas maklumat awam yang diterima berkaitan kemasukan karkas babi tersebut.

Jabatan itu berkata, kesemua karkas babi yang dirampas telah dilupuskan setelah permohonan perintah pelupusan di bawah Subseksyen 68(3), Akta Binatang 1953 diluluskan oleh pihak mahkamah.

Advertisements

Katanya, sembilan kes disiasat di bawah Subseksyen 5(1)(b), Akta Binatang 1953 [Akta 647] berkaitan karkas babi dari Brazil dan Rusia yang tidak disenaraikan sebagai negara yang dibenarkan import.

Manakala dua kes lagi di bawah Subkaedah 5(3), Kaedah-Kaedah Binatang (Kawalan Penyembelihan) 2009, Akta Binatang 1953 kerana memiliki karkas babi yang tidak disembelih di rumah penyembelihan diluluskan atau dilesenkan berdasarkan tiada apa-apa tanda legenda pada karkas.

“JPV mengambil perhatian serius berkaitan perkara ini kerana ia memberi kesan dalam aspek kawalan penyakit berpunca daripada ternakan terutama penyakit African Swine Fever (ASF) yang boleh menjejaskan industri penternakan babi.

“Tindakan tegas akan diambil terhadap pengimport, penyimpan dan penjualan karkas babi bagi memastikan pengimportan karkas babi adalah dari negara yang dibenarkan di bawah Subseksyen 5(1)(b), Akta Binatang 1953 [Akta 647],” katanya.

Jabatan itu berkata, pihaknya akan terus mempertingkatkan tindakan penguatkuasaan berkaitan perkara tersebut dan turut menjalinkan kerjasama dengan agensi penguatkuasaan lain iaitu Polis Diraja Malaysia, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup serta Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Katanya, tindakan bersepadu akan melibatkan pemeriksaan premis penyimpanan produk sejuk beku, pemprosesan makanan berasaskan babi, penjualan karkas babi dan restoran. – Edisi

Advertisements

Terkini

Pemegang jawatan dalam UMNO perlu tampilkan idea segar, bernas

PARA pemegang jawatan dalam UMNO di semua peringkat perlu tampil ke hadapan untuk memberikan idea-idea segar dan bernas, kata...

Lagi Artikel Berkaitan