33 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 19, 2024

Sekatan import lembu, kerbau Australia ditarik balik – DVS

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

JABATAN Perkhidmatan Veterinar (DVS) telah menarik balik arahan penggantungan import ternakan hidup lembu dan kerbau dari Australia, berkuat kuasa serta-merta.

DVS menerusi kenyataan memaklumkan, keputusan itu hasil perkongsian laporan penuh siasatan oleh Department of Agriculture, Fisheries and Forestry (DAFF), Australia selepas dua sesi perbincangan teknikal bersama DVS.

Katanya, hubungan baik antara DVS dan DAFF telah membolehkan perkongsian maklumat dijalankan secara telus dan terperinci.

“DVS ingin memaklumkan kepada pengimport ternakan lembu dan kerbau dari Australia untuk mengemukakan surat permohonan import dari DVS sebelum membuat permohonan permit.

“Selain itu, DVS juga ingin menegaskan bahawa semua pengimportan ternakan hidup adalah mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan bagi memastikan setiap konsainan yang diimport menjalani proses pemantauan yang rapi,” katanya hari ini.

Advertisements

Tindakan penggantungan sementara berkuat kuasa 4 Ogos lalu diambil sebagai langkah berjaga-jaga.

Ini susulan dakwaan pihak berkuasa Indonesia mengenai penemuan tanda- tanda jangkitan Lumpy Skin Disease (LSD) pada lembu yang diimport dari Australia, memandangkan Malaysia turut mengimport lembu dan kerbau dari negara tersebut.

Menurut DVS, pihaknya berharap dengan keputusan menarik semula sekatan import tersebut akan memberi kelegaan kepada industri dan seluruh rakyat di negara ini.

“Di samping itu, DVS turut menghargai keterbukaan DAFF dalam membantu proses penyelesaian isu ini,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Sejauh mana kebebasan universiti dimanfaatkan mahasiswa?

Oleh DR ABDUL MUQIT MUHAMAMMAD KEBEBASAN akademik merupakan roh yang menghidupkan masyarakat universiti. Tanpa kebebasan akademik, masyarakat universiti tidak akan...

Lagi Artikel Berkaitan