Thursday, June 4, 2026

PRK: Polis siasat ‘fatwa politik’ Muhyiddin

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) telah menjalankan siasatan terhadap Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung kenyataan ‘fatwa politik’ yang diucapkan dalam ceramahnya sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai, Johor baru-baru ini.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Shuhaily Mohd. Zain berkata, kenyataan berbaur 3R (kaum, agama dan institusi diraja) itu dibuat Muhyiddin di Kempas, Sabtu lalu.

Katanya, setakat ini pihaknya menerima dua laporan di atas isu yang sama.

“PDRM mengesahkan menjalankan siasatan terhadap Muhyiddin berhubung isu ‘fatwa politik’ dengan menyifatkan tindakan mengundi bekas Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, Suhaizan Kayat sebagai haram.

“Temu janji untuk rakaman percakapan di bawah Seksyen 112 Kanun Tatacara Jenayah terhadap Pengerusi PN itu ditetapkan pada 11 September di pejabat beliau di Bangunan MIDA, Kuala Lumpur,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Menurut Mohd. Shuhaily, siasatan dikendalikan Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bahagian Pendakwaan / Undang-undang (D5), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.

“Siasatan telah lengkap dan kertas siasatan akan dirujuk ke pejabat Peguam Negara selari dengan peruntukan Perkara 145 (3) Perlembagaan Persekutuan dalam tempoh terdekat.

“Orang ramai dinasihatkan agar menjadi pengguna media sosial yang bijak dan tidak menggunakan platform tersebut dengan menyalahi undang-undang.

“Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang bertindak dalam apa jua cara sehingga boleh menjejaskan ketenteraman awam dan keselamatan negara,” katanya. – Edisi 9

Terkini

Hektar HEIT cadang ambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East

HEKTAR REIT bercadang mengambil alih Sekolah Antarabangsa KYS KL East (KYSKLEIS) pada nilai RM125 juta bagi memperkukuhkan aliran pendapatan...

Lagi Artikel Berkaitan