25.8 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

Kes Zahid: Pemuda UMNO selar kenyataan Muhyiddin

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PEMUDA UMNO menyelar Tan Sri Muhyiddin Yassin susulan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu mendakwa tindakan menarik balik 47 pertuduhan terhadap Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi sebagai tidak bermoral.

Ketuanya, Dr Muhamad Akmal Saleh berkata, kenyataan itu seolah-olah menggambarkan orang lain tidak bermoral berbanding dirinya.

“Kalau orang lain tidak bermoral, kalau kena kat diri sendiri keadilan ditegakkan.

“Dan ketika Tan Sri menjadi kerajaan 22 bulan dulu, kes Lim Guan Eng dilepaskan ada moral ke tak ada moral ya? Walaupun ketika itu SPRM dan satu Malaysia terkejut.

“Kes Datuk Seri Najib didakwa walaupun tidak mempunyai bukti yang kukuh ketika Tan Sri menjadi menteri kerajaan ketika itu bermoral ataupun tidak?,” soal beliau.

Advertisements

Muhamad Akmal turut menyindir Muhyiddin adakah tindakan menantunya melarikan diri untuk disoal siasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) juga bermoral?

“Mohon Tan Sri boleh memberikan penjelasan juga,” katanya lagi.

Semalam Muhyiddin dilaporkan berkata tindakan Peguam Negara menggunakan kuasanya mengikut Perkara 145 (3) Perlembagaan Persekutuan bagi menarik balik 47 pertuduhan jenayah terhadap Ahmad Zahid adalah sesuatu yang tidak bermoral.

Presiden Bersatu itu berkata, dalam kes berkenaan, Ahmad Zahid sudah didakwa di mahkamah dan pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie dengan mengemukakan keterangan berdokumen dan 99 saksi.

Katanya, ini bermakna mahkamah sudah berpuas hati bahawa terdapat bukti yang berasas mengenai perlakuan jenayah itu dan mengarahkan Ahmad Zahid membela diri. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Wanita perlu jaga darjat, jangan bergaduh kerana ‘buaya’

USAHAWAN selebriti, Datin Thalia Baiduri menitip pesan kepada semua wanita agar sentiasa menjaga darjat serta nilai diri masing-masing. Baginya tidak perlu...

Lagi Artikel Berkaitan