24.9 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

Kes demam denggi meningkat, satu kematian direkodkan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) merekodkan sejumlah 2,349 kes demam denggi iaitu peningkatan sebanyak 101 kes atau 4.3 pada Minggu Epidemiologi ke-34 (ME34).

Angka tersebut direkodkan bagi tempoh 20 hingga 26 Ogos lalu berbanding 2,248 kes pada minggu sebelumnya.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan berkata, dalam tempoh yang sama, satu kematian akibat komplikasi demam denggi turut direkodkan.

Beliau berkata, kumulatif kes demam denggi yang dicatatkan setakat ini ialah sebanyak 78,277 kes berbanding 36,703 kes bagi tempoh sama pada 2022, iaitu peningkatan sebanyak 41,574 atau 113.3 peratus.

“Sejumlah 55 kematian akibat komplikasi demam denggi dilaporkan berbanding 22 kematian bagi tempoh sama tahun lepas iaitu peningkatan sebanyak 33 kematian,”katanya dalam kenyataan di sini.

Advertisements

Beliau berkata, 82 lokaliti hotspot dilaporkan pada ME34, berbanding 74 pada minggu sebelumnya.

“Daripada jumlah tersebut sebanyak 51 lokaliti berada di Selangor, 22 lokaliti di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, masing-masing dua di Negeri Sembilan, Perak, Kelantan serta Sabah dan satu di Pulau Pinang,” katanya.

Sementara itu, mengenai survelan chikungunya, Dr Muhammad Radzi berkata tiga kes direkodkan pada ME34, menjadikan jumlah kumulatif kes chikungunya sehingga kini sebanyak 159 kes.

Bagi survelan zika pula, beliau berkata 2,114 sampel darah serta 167 sampel urin disaring dan hasilnya semua negatif.- Edisi 9

Advertisements

Terkini

Kerajaan Pusat lulus peruntukan RM1.59 bilion untuk Terengganu

KERAJAAN Persekutuan meluluskan peruntukan RM1.59 bilion di bawah Rolling Plan 4 (RP4) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) bagi manfaat rakyat...

Lagi Artikel Berkaitan