27.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 9, 2024

Bekalan ternakan korban mencukupi – DVS

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

BEKALAN haiwan ternakan seperti lembu, kerbau, kambing dan biri-biri bagi tujuan penyembelihan korban sempena Hari Raya Aidiladha ini mencukupi dan memenuhi keperluan.

Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) berkata, berdasarkan statistik, stok bekalan lembu dan kerbau tempatan sehingga Mei adalah sebanyak 34,946 ekor.

“Bagi bekalan lembu dan kerbau yang diimport sehingga April pula adalah sebanyak 4,911 ekor. 

“Jumlah keseluruhan bekalan untuk lembu dan kerbau bagi tujuan korban adalah 39,857 ekor,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Sementara itu, bagi kambing dan biri-biri, bekalan tempatan penyembelihan korban sehingga Mei adalah sebanyak 25,821 ekor manakala bekalan diimport sehingga April adalah sebanyak 4,167 ekor. 

Advertisements

Katanya, jumlah keseluruhan bekalan untuk kambing dan bebiri bagi tujuan korban adalah 29,988 ekor.

“Setelah mengambil kira keperluan masjid, surau dan penyembelihan luar masjid atau surau, dianggarkan permintaan lembu/kerbau adalah sebanyak 38,404 ekor dan kambing/bebiri sebanyak 20,420 ekor untuk hari raya korban tahun ini,” katanya.

DVS berkata, berdasarkan anggaran bekalan ternakan daripada perangkaan DVS, iaitu 39,857 ekor lembu/kerbau dan 29,988 ekor kambing/bebiri adalah dijangka mencukupi untuk menampung permintaan sembelihan korban pada tahun ini sebanyak 38,404 ekor lembu/kerbau dan 20,420 ekor kambing/bebiri.

“Sebanyak 27 buah rumah sembelih ruminan milik DVS di seluruh Semenanjung sentiasa bersedia untuk operasi. 

“Di samping itu, DVS telah mengeluarkan lesen kepada 38 buah rumah sembelih swasta di Semenanjung yang boleh memberi perkhidmatan penyembelihan bagi tujuan korban,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Selangor sah tarik diri Piala Sumbangsih bertemu JDT

SELANGOR FC (SFC) membuat keputusan untuk menarik diri daripada perlawanan Piala Sumbangsih menentang Johor Darul Ta’azim di Stadium Sultan...

Lagi Artikel Berkaitan