28.8 C
Kuala Lumpur
Friday, May 17, 2024

Koulibaly lengkapkan perpindahan ke Al-Hilal

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

KALIDOU Koulibaly meninggalkan Chelsea selepas hanya 12 bulan menyertai kelab barat London itu apabila sah menyertai kelab Arab Saudi, Al-Hilal.

Pemain pertahanan berusia 32 tahun itu berhijrah ke Asia Barat dengan yuran perpindahan RM119 juta berbanding yuran RM203 juta yang dibayar Chelsea kepada Napoli.

Koulibaly merupakan pemain pertama yang tiba di Stamford Bridge di bawah era pemilik, Todd Boehly.

Sepanjang semusim di Chelsea, Koulibaly telah melakukan 32 penampilan dalam semua kejohanan dengan merekodkan dua jaringan.

Advertisements

Bagaimanapun musim pertahanan antarabangsa Senegal itu tidak seperti diharapkan apabila Koulibaly mengalami kecederaan hamstring yang membataskan penampilannya musim ini.

Chelsea menerusi kenyataan di laman web rasminya mengucapkan terima kasih atas sumbangan yang diberikan sepanjang 12 bulan di Stamford Bridge.

Sementara itu, Koulibaly akan menyertai rekrut baharu Al-Hilal dari Wolverhampton, Ruben Neves di Stadium Antarabangsa King Fahd.

Kelab yang berpangkalan di Riyadh itu merupakan juara empat kali Liga Juara Juara AFC dan kini Al-Hilal dilaporkan memburu penyerang Chelsea, Romelu Lukaku. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Balai polis Ulu Tiram diserang, dua anggota, suspek maut

DUA anggota polis maut manakala seorang cedera akibat ditembak dan ditetak seorang lelaki yang menceroboh masuk ke Balai Polis...

Lagi Artikel Berkaitan