30.1 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

Arab Saudi guna teknologi pintar mudahkan jemaah haji

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

ARAB Saudi menggunakan kad pintar, robot dan kecerdasan buatan (AI) bagi memudahkan lebih 3 juta jemaah pada musim haji 1444H/2023M kali ini.

Penggunaan itu merupakan antara transformasi yang diketengahkan menurut Menteri Hal Ehwal Agama Arab Saudi, Sheikh Abdullatif al-Asheikh.

Beliau berkata, musim haji mengalami perubahan setiap tahun sejak zaman Rasulullah sehingga kini.

Tambah beliau, pada tahun ini misalnya, terdapat robot yang menggantikan manusia untuk menjawab semua persoalan agama daripada jemaah haji.

Advertisements

Pada masa sama, 200 talian telefon disediakan dalam lebih 70 bahasa.

“Kami mempunyai pelbagai kaedah. Kami berusaha dalam semua segi, sama ada sumber manusia atau teknologi. Melalui penggunaan komputer dan peranti pintar, kami membantu prosedur dan membuatkannya jadi lebih mudah.

“Terdapat juga robot yang menjawab soalan-soalan jemaah haji mengenai agama,”kata Abdullatif memetik laporan Astro AWANI.

Khutbah Arafah berbahasa Arab bagi musim haji tahun ini juga akan disiarkan secara langsung dalam 20 bahasa, termasuk enam bahasa baharu yang ditampilkan iaitu Sepanyol, Portugal, Jerman, Filipina, Itali dan Bosnia. – Agensi

Advertisements

Terkini

Wanita perlu jaga darjat, jangan bergaduh kerana ‘buaya’

USAHAWAN selebriti, Datin Thalia Baiduri menitip pesan kepada semua wanita agar sentiasa menjaga darjat serta nilai diri masing-masing. Baginya tidak perlu...

Lagi Artikel Berkaitan