33.1 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 7, 2024

Bayaran petugas, pemeriksa SPM 2022 selesai selewatnya Julai

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PEMBAYARAN tuntutan petugas dan pemeriksa peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 akan diselesaikan segera selewat-lewatnya 31 Julai.

Kementerian Pendidikan (KPM) berkata, pembayaran itu melibatkan seramai 131,318 petugas peperiksaan dan 29,421 pemeriksa peperiksaan.

Katanya, sehingga 23 Jun, pembayaran Tuntutan Ikhtisas (IKH) dan Tuntutan Perjalanan (TNT) telah selesai sepenuhnya di sembilan negeri. 

“Pembayaran IKH bagi pemeriksa peperiksaan pula telah selesai 98 peratus. Pembayaran tuntutan IKH dan TNT petugas dan pemeriksa peperiksaan akan diselesaikan sepenuhnya selewat-lewatnya pada 31 Julai.

Advertisements

KPM berterima kasih dan menghargai sumbangan setiap petugas dan pemeriksa peperiksaan dalam memastikan peperiksaan SPM 2022 berjalan lancar,” katanya menerusi Facebook semalam.

Tujuh negeri yang belum selesai IKH dan TNT adalah Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Terengganu, Kelantan dan Sabah.

Daripada 131,318 petugas, 42,881 daripadanya adalah petugas mendengar ujian Bahasa Melayu dan Inggeris serta peperiksaan bertulis.

Sementara itu, 52,786 petugas adalah ujian bertutur Bahasa Melayu dan Inggeris dan baki 35,651 lagi adalah petugas ujian amali sains (fizik, kimia, biologi dan sains tambahan). – Edisi 9

Advertisements

Terkini

MASA, IDS jalin kerjasama bidang penyelidikan, masyarakat

INSTITUT Kajian Pembangunan (Sabah) IDS dan Institut Masa Depan Malaysia (MASA), hari ini menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bertujuan menjalin...

Lagi Artikel Berkaitan