33.6 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

KL City ke final Piala FA selepas 24 tahun

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

KUALA LUMPUR City (KL City) FC mara ke final Piala FA buat kali pertama dalam tempoh 24 tahun selepas menundukkan Terengganu FC 4-2 menerusi penentuan sepakan penalti di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Nerus malam tadi.

Kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan dalam tempoh 120 minit pemainan termasuk 30 minit masa tambahan dengan perlawanan lebih banyak didominasi tuan rumah.

Benteng KL City yang diterajui Giancarlo Gallifuoco berjaya membina tembok ampuh bagi menyerap setiap asakan Terengganu yang direncanakan Sony Norde dan Adisak Kraisorn.

Penyerang kebangsaan, Paulo Josue mudah menyempurnakan sepakan penalti menewaskan Suhaimi Husin yang merebahkan badan ke arah bertentangan.

Pemain gantian, Arif Fadzilah Abu Bakar menjadikan kedudukan 1-1 buat juara dua kali Piala FA sementara sepakan kedua pelawat disempurnakan Romel Morales.

Advertisements

Penjaga gol KL City, Azim Al-Amin berjaya menyelamatkan sepakan penalti ketiga tuan rumah yang diambil Nik Sharif Haseefy Mohd. Lazim sambil Akram Mahinan meledak gol ketiga pelawat menjadikan kedudukan 3-1.

Safwan Mazlan menghidupkan peluang Terengganu apabila menjaringkan gol kedua Terengganu sambil Suhaimi berjaya menyelamatkan sepakan Matko Zirdum.

Bagaimanapun, Liridon Krasniqi gagal mengambil peluang untuk menyamakan kedudukan buat Terengganu selepas sepakan penalti lemahnya mudah diselamatkan Azim Al-Amin.

Gallifuoco muncul wira skuad warga kota apabila mudah menyempurnakan sepakan penalti kelima KL City sekali gus membawa mereka ke final pertama sejak 1999.

KL City bakal menentang pemenang di antara Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Selangor yang akan turun beraksi malam ini. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Malaysia negara pertama terima visa haji – Mohd Na’im

MALAYSIA menjadi negara pertama yang menerima pengeluaran visa haji daripada Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bagi jemaah musim haji 1445H/2024 ini. Menteri...

Lagi Artikel Berkaitan