Monday, July 20, 2026

Pegawai KPM ditahan terlibat aktiviti songsang digantung tugas

Mesti Baca

KEMENTERIAN Pendidikan (KPM) mengesahkan telah menggantung tugas pegawainya yang dilapor terbabit dalam aktiviti songsang dalam serbuan pihak berkuasa di sebuah spa di ibu negara, Sabtu lalu.

KPM dalam kenyataannya menegaskan, pihaknya mengambil serius pelibatan beberapa orang pegawainya dalam serbuan tersebut dan bertekad membanteras kegiatan tidak bermoral di semua peringkat.

“KPM tidak berkompromi dengan perlakuan tidak bermoral ini. Siasatan dalaman sedang berjalan.

“Tindakan segera telah diambil dengan memastikan pegawai-pegawai terlibat tidak lagi berada di mana-mana institusi pendidikan bawah Kementerian hingga proses siasatan selesai,” kata kenyataan itu hari ini.

Pada masa yang sama, semua ketua jabatan diingatkan untuk meningkatkan pemantauan dan memastikan kegiatan tidak bermoral dibanteras di setiap peringkat.

Kelmarin, seramai 201 lelaki yang juga pengunjung sebuah pusat kesihatan di Jalan Raja Laut ditahan selepas disyaki terbabit dalam aktiviti hubungan songsang.

Mereka yang berusia antara 19 hingga 60 tahun ditahan dalam satu operasi mengejut sekitar jam 8 malam membabitkan Polis Kontinjen Kuala Lumpur, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

Daripada 201 yang ditahan, 17 daripadanya adalah penjawat awam membabitkan doktor bedah, timbalan pendakwa raya, pegawai tadbir diplomatik, guru serta pegawai agensi penguatkuasaan. – Edisi 9

Terkini

AMH desak menteri, timbalan menteri BN letak jawatan

SEMUA menteri dan timbalan menteri dari Barisan Nasional (BN) didesak meletakkan jawatan masing-masing susulan tindakan parti itu yang secara...

Lagi Artikel Berkaitan