Sunday, July 19, 2026

20,000 guru baharu diambil penuhi keperluan pendidikan – KPM

Sebagai persiapan awal bagi pelaksanaan RPM 2026-2035 dan kemasukan murid berumur enam tahun ke Tahun 1 secara sukarela bermula pada tahun hadapan.

Mesti Baca

KEMENTERIAN Pendidikan (KPM) akan melaksanakan pengambilan 20,000 orang Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG9 baharu secara Contract of Service (CoS) bagi memenuhi keperluan guru di sekolah-sekolah seluruh negara.

Ketua Pengarah Pendidikan, Dr Mohd Azam Ahmad berkata, inisiatif pengambilan guru baharu itu merupakan sebahagian persiapan awal KPM bagi pelaksanaan Rancangan Pendidikan Malaysia (RPM) 2026-2035 dan kemasukan murid berumur enam tahun ke Tahun 1 secara sukarela bermula pada tahun hadapan.

“Proses pengambilan guru baharu ini mendapat kerjasama penuh Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP),” kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Berdasarkan gerak kerja yang telah dijadualkan adalah, beliau berkata, hebahan pengambilan guru akan dibuat pada 23 Februari ini manakala permohonan dibuka dari 2 hingga 20 Mac.

Proses saringan temuduga pula akan dibuat dari 27 April  hingga 14 Mei 2026 manakala maklumat lanjut akan dikongsikan dalam masa terdekat.

“Bagi memastikan aspek kompetensi guru terpelihara, calon terpilih perlu menjalani latihan ikhtisas di Institut Pendidikan Guru (IPG) KPM dalam pelbagai bidang pengkhususan.

“Inisiatif ini adalah cerminan komitmen berterusan Kerajaan MADANI bagi meningkatkan mutu pendidikan negara demi manfaat anak-anak Malaysia,” kata beliau.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika meluncurkan RPM 2026-2035 berkata, kanak-kanak di negara ini akan memulakan pendidikan prasekolah pada usia seawal lima tahun bermula tahun hadapan.

Manakala, ibu bapa boleh mendaftar anak secara sukarela ke Darjah Satu seawal usia 6 tahun.

Bagaimanapun beliau berkata, pelaksanaan itu tidak akan diwajibkan pada tahun pertama. — Edisi 9

Terkini

Exco Johor: Enam kekal portfolio, empat lantikan baharu

SERAMAI 10 Ahli Majlis Mesyuarat (Exco) Kerajaan Negeri Johor bagi penggal 2026-2031 hari ini mengangkat sumpah jawatan masing-masing hari...

Lagi Artikel Berkaitan