Sunday, July 19, 2026

Kalendar akademik persekolahan kembali bermula Januari

Sesi persekolahan bagi tahun depan akan bermula pada 11 Januari hingga 31 Disember bagi negeri-negeri Kumpulan A manakala Kumpulan B akan bermula 12 Januari.

Mesti Baca

KALENDAR akademik bagi sekolah kebangsaan dan sekolah bantuan kerajaan bagi tahun 2026 akan kembali bermula pada bulan Januari.

Demikian dimaklumkan oleh Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek hari ini.

Beliau berkata, sesi persekolahan bagi tahun depan akan bermula pada 11 Januari hingga 31 Disember bagi negeri-negeri Kumpulan A manakala Kumpulan B akan bermula 12 Januari.

“Kejayaan mengembalikan semula sesi persekolahan kepada bulan Januari dilakukan secara berperingkat dan tertib serta tanpa menganggu pengoperasian institusi pendidikan. 

“Ia adalah hasil perancangan rapi dan komitmen tidak berbelah bahagi warga pendidikan di semua peringkat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Fadhlina berkata, usaha tersebut menyerlahkan tekad Kementerian Pendidikan untuk memberi keutamaan kepada aspek kesejahteraan murid, guru dan seluruh warga sekolah.

Kalendar Akademik Tahun 2026 boleh dimuat turun daripada portal KPM

melalui pautan https:/www.moe.gov.my/surat-siaran-kpm-bil-3-tahun-2025-kalendar-akademi

Selama puluhan tahun kalender akademik persekolahan bermula Januari hingga Disember namun terpaksa ditukar kepada Mac ekoran pandemik Covid-19 sejak 2022 lalu.

Bagaimanapun, kalendar akademik persekolahan bagi sesi 2024/2025 telah dimulakan lebih awal, iaitu pada  Februari 2025.— Edisi 9

Terkini

AMH desak menteri, timbalan menteri BN letak jawatan

SEMUA menteri dan timbalan menteri dari Barisan Nasional (BN) didesak meletakkan jawatan masing-masing susulan tindakan parti itu yang secara...

Lagi Artikel Berkaitan