26.4 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 4, 2024

Rais tuduh PM, menteri Kabinet sesat, sakit jiwa

Negara, bangsa dan agama kita sedang tergugat dan digugat disisi politik gila kuasa, gila sandiwara, gila slogan yang tak bererti lagi kepada rakyat

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

TAN Sri Rais Yatim menyerang Kerajaan Perpaduan apabila menuduh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta barisan menteri Kabinet sesat arah, niat dan perjuangan.

Beliau yang tidak lagi menjawat jawatan Speaker Dewan Negara turut menuduh pimpinan Kerajaan Perpaduan mengalami celaru sifat dan penyakit jiwa.

“Kita terpilih PM (Perdana Menteri) dan menteri sesat arah, sesat niat dan sesat perjuangan.

“Rupa-rupanya selepas tujuh bulan, terserlah pimpinan yang celaru sifat dan mengalami penyakit jiwa,” katanya menerusi hantaran di Facebook beliau hari ini.

Tidak cukup dengan itu, Rais juga menuduh kerajaan hari ini tidak mempunyai dasar ekonomi apatah lagi peka dengan penderitaan rakyat selain tidak tahu mentadbir dan tidak sayangkan bangsa sendiri.

“Dia (Anwar) tak punya dasar ekonomi, tak peka derita rakyat, tak tahu mentadbir dan tak sayang bangsa sendiri. Suka cari kecelaan pemimpin dahulu yang banyak berbudi dan menyelamatkannya.

Rais kemudian mengungkitkan bagaimana bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad telah menyelamatkan Anwar daripada penjara melalui kuasa pengampunan Yang di-Pertuan Agong.

Advertisements

“Dia melupai ini semua. PM (Perdana Menteri) dahulu konon rasuah, rasuah dan rasuah berbilion RM (Ringgit). Dia guna maklumat salah. Bila dia turun takhta PM nanti, saham dan habuannya pula akan menyusul,” katanya.

Beliau turut menuduh Anwar sebagai seorang Perdana Menteri yang sering bercakap bohong.

“PM (Anwar) berjanji bohong, tidak jadi turunkan harga minyak untuk rakyat sekalipun sebelum Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) berkata ‘…hari ini jadi PM, esok harga minyak turun,.”

Beliau juga menyerang Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang didakwa menghadapi 47 pertuduhan di mahkamah melantik puluhan Ahli Parlimen menjadi pengerusi syarikat berkaitan kerajaan (GLC).

“Menteri Ekonomi (Rafizi Ramli) suka data dan formula tapi tak faham congak hidup nelayan atau penoreh getah dn pesawit Felda.

“Menteri Pertanian (Datuk Seri Mohamad Sabu) hilang perkiraan industri agro sehingga isu telur pun jadi cemuhan tempatan dan dunia,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

UMNO sambut baik pengumuman PM naikkan gaji 15 peratus

UMNO menyambut baik dan menyokong penuh pengumuman Perdana Menteri untuk menaikkan gaji penjawat awam sebanyak 15 peratus mulai 1...

Lagi Artikel Berkaitan