33.3 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 19, 2024

Bom lempar: Seorang lagi anggota tentera terkorban

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEORANG lagi anggota tentera terkorban dalam kejadian letupan bom lempar ketika sesi latihan di Kem Syed Sirajuddin, Gemas, Negeri Sembilan semalam.

Bernama melaporkan dalam kejadian 12.10 tengah hari itu, seorang penuntut Institut Pentadbiran dan Pengajian Pangkalan Udara Sendayan maut di tempat kejadian, manakala seorang jurulatih meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Segamat.

Seorang lagi jurulatih turut cedera dan masih menerima rawatan di hospital.

Menurut laporan, kejadian itu berlaku ketika sesi latihan menembak senjata dan bom lempar di Tapak Latihan Grenade Asas, lapang sasar Kem Syed Sirajuddin pada 12.10 tengah semalam.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa korban.

Advertisements

“Salam takziah saya ucapkan kepada keluarga Allahyarham Koperal Udara Mohd Syuib Bidin dan Leftenan Udara I Mohd Iqmal Masdi.

“Gugurnya perajurit dalam latihan demi mempertahankan negara. Semoga ahli keluarga diberikan kekuatan, ketabahan dan keredaan dengan ketentuan-Nya jua,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Tentera Udara Diraja Malaysia dalam kenyataan malam tadi memaklumkan lembaga penyiasatan akan ditubuhkan bagi mengenal pasti punca kejadian itu.

Justeru, semua pihak digesa tidak menyebarkan sebarang spekulasi sehingga proses siasatan selesai dan menghormati sensitiviti keluarga mangsa. – BERNAMA

Advertisements

Terkini

Zii Jia tamatkan kemarau gelaran, juarai Terbuka Thailand

PEMAIN perseorangan lelaki utama negara, Lee Zii Jia menamatkann kemarau gelaran selama tujuh bulan apabila menjuarai Kejohanan Badminton Terbuka...

Lagi Artikel Berkaitan