31.8 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

Laporan kematian tentera di Hutan Belum akan dibentangkan

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

LAPORAN insiden kematian anggota tentera Koperal Mohammad Nasri Mohd Nasib yang ditemukan maut di Hutan Simpan Belum, Perak, pada 12 April lepas akan dibentangkan dalam Mesyuarat Pasca Kabinet pada Rabu ini.

Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari berkata, laporan penuh siasatan dalaman itu kini lebih 50 peratus siap dan dijangka siap dalam tempoh dua minggu.

“Siasatan masih berjalan dan selalulunya laporan daripada siasatan ini akan dibawa dalam Mesyuarat Pasca Kabinet…biasanya kita akan ada mesyuarat berkenaan setiap hari Rabu petang.

“Jadi pada hari Rabu ini kita akan dapat sedikit laporan tetapi dalam tempoh dua minggu ini, selepas hari raya kita yakin laporan penuh akan dapat diperoleh,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Berbuka Puasa Bersama Ahli Parlimen Alor Gajah, Melaka, malam tadi.

Ujar Adly, Kementerian Pertahanan juga akan memastikan kebajikan ahli keluarga Allahyarham Mohammad Nasri terutama isteri, Nurhayatul Husna, 30, serta sepasang anaknya Muhammad Aakif Rizqi, 4, dan Nur Afifah Raisha, 2, sentiasa terbela dan mendapat pendidikan yang sempurna.

Advertisements

Edisi9 sebelum ini melaporkan Mohammad Nasri yang merupakan anggota daripada Batalion 25 Rejimen Askar Melayu Diraja Kem Seri Bentong, Pahang, dilaporkan hilang ketika menjalankan operasi di kawasan pedalaman Hutan Simpan Belum pada 7 April lepas.

Jenazah Allahyarham Mohammad Nasri dikebumikan di tanah perkuburan Islam Masjid Pulau Mertajam, Penaga di Pulau Pinang pada 13 April lepas.

Hasil bedah siasat mendapati kematian anggota tentera itu berpunca daripada kecederaan kepala dipercayai akibat terjatuh.

-EDISI9

Advertisements

Terkini

‘Oppa’ adaptasi kisah guru jadi mangsa ‘Love Scam’

TIDAK dinafikan kes yang membabitkan jenayah scam sememangnya cukup serius sehingga mangsa ditipu dan mengalami kerugian dari segi wang ringgit. Kejadian...

Lagi Artikel Berkaitan