34.1 C
Kuala Lumpur
Sunday, October 1, 2023

Krisis Sudan: Bekas PM Hamdok desak gencatan kuasa dikuatkuasakan

Mesti Baca

Fitri Hazam
Fitri Hazam
Wartawan Edisi 9

BEKAS Perdana Menteri Sudan, Abdallah Hamdok menggesa supaya gencatan senjata dikuatkuasa dengan segera dengan konflik kini memuncak yang mengorbankan 59 orang.

Hamdok turut menuntut supaya pihak bertelagah kembali ke meja rundingan untuk menamatkan krisis

“Kami menuntut supaya gencatan senjata dikuatkuasa untuk mencapai perjanjian yang akan menamatkan pertempuran ini secara kekal.

“Kami memerlukan sekurang-kurangnya satu perjanjian damai untuk mewujudkan koridor kemanusiaan untuk membolehkan orang awam mendapat akses kepada ubat-ubatan, rawatan dan makanan,” katanya.

Pergolakan membabitkan pertempuran antara pasukan tentera yang diketuai Jeneral Abdel Fattah Al Burhan, Ketua Majlis Peralihan Sudan dan Pasukan Separa Tentera (RSF) dipimpin Jeneral Mohamed Hamdan Dagalo yang juga Timbalan Ketua Majlis Peralihan tercetus pada Sabtu.

Pertempuran dipercayai berlaku disebabkan pertelagahan berkaitan integrasi pasukan RSF ke dalam angkatan tentera sebagai sebahagian peralihan ke kerajaan awam.

Dalam pada itu, Hamdok turut menolak campur tangan asing dalam konflik tersebut.

Bekas PM itu turut mendesak komuniti antarabangsa untuk memberi sokongan rundingan antara pasukan tentera berkenaan. – Edisi 9

Terkini

SPRM tiada kuasa tentukan kelayakan calon pilihan raya

SPRM tiada kuasa untuk menentukan sama ada seseorang yang terpalit isu rasuah layak bertanding atau tidak dalam pilihan raya. Ketua Pesuruhjaya...

Lagi Artikel Berkaitan