28.2 C
Kuala Lumpur
Monday, May 20, 2024

Hannah seru henti sebar versi tidak tepat keadaan Faisal

Mesti Baca

MENTERI Belia dan Sukan, Hannah Yeoh menyeru semua pihak agar tidak menyebarkan pelbagai versi tidak tepat mengenai keadaan Faisal Halim.

Beliau yang melawat pemain sayap kebangsaan itu bersama Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, pemain Selangor FC itu berada dalam jagaan yang baik di sebuah hospital di Petaling Jaya.

“Syukur dapat melawat Faisal Halim sebentar tadi bersama Menteri Dalam Negeri. Saya menyeru semua pihak untuk tidak menyebarkan pelbagai versi keadaan Faisal yang tidak tepat.

“Jangan percaya berita palsu. Faisal dalam jagaan yang baik. Doakan beliau segera sembuh,” katanya menerusi platform X hari ini.

Faisal yang dinobat penjaring gol terbaik dalam kejohanan Piala Asia 2023 di Qatar Februari lalu cedera di muka, tangan dan badan setelah disimbah dengan asid di hadapan sebuah pusat membeli-belah di Kota Damansara, Petaling Jaya Ahad lalu.

Advertisements

Dia yang kemudian dikejarkan ke hospital dilapor berada dalam keadaan kritikal dan perlu menjalani beberapa sesi pembedahan ekoran kecederaan yang dialami.

Sebelum ini media yang memetik kenyataan pegawai Selangor FC mendakwa keadaan Faisal, 26, semakin kritikal selepas pembedahan pertama.

Sementara itu, ketika bercakap dengan media, Hannah berkata, Faisal memberikan tindak balas positif semasa beliau melawat pemain itu di hospital.

“Walaupun dia (Faisal) terlantar dikatil, tetapi matanya menunjukkan beliau berada dalam keadaan positif.

“Setiap kali kita senyum dan tunjukkan ‘heart shape’ dia (Faisal) mengangguk,” katanya seperti dilapor Astro Arena. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Zii Jia tamatkan kemarau gelaran, juarai Terbuka Thailand

PEMAIN perseorangan lelaki utama negara, Lee Zii Jia menamatkann kemarau gelaran selama tujuh bulan apabila menjuarai Kejohanan Badminton Terbuka...

Lagi Artikel Berkaitan