28.2 C
Kuala Lumpur
Monday, May 20, 2024

Maritim Malaysia tambah aset, bakal miliki empat helikopter AW189

Mesti Baca

AGENSI Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) bakal memiliki empat buah helikopter jenis Agusta Westland AW189 medium lift menerusi satu perjanjian persefahaman (MoU) yang ditandatangani oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Galaxy Aerospace (Malaysia) Sdn. Bhd.

Majlis menandatangani MoU itu berlangsung sempena Pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Pameran Keselamatan Kebangsaan (Natsec) Asia 2024 di Kuala Lumpur hari ini.

Pemangku Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Madya Maritim Datuk Saiful Lizan Ibrahim berkata, perolehan helikopter AW189 ini adalah untuk memenuhi keperluan pihak Maritim Malaysia.

Menurutnya, ini bagi mempertingkatkan pemantauan udara dengan lebih meluas serta melaksanakan operasi Mencari dan Menyelamat (Carilamat) untuk jarak dan durasi yang panjang.

“Tugasab ini kini dilakukan oleh enam buah pesawat milik agensi ini yang terdiri daripada dua buah helikopter jenis AW139, tiga buah helikopter jenis AS365 N3 Dauphin dan sebuah pesawat udara Bombardier CL-415 MP,” katanya.

Advertisements

Beliau berkata demikian ketika hadir menyaksikan majlis MoU berkenaan yang ditandatangani oleh Ketua Setiausaha KDN, Datuk Ruji Ubi dan wakil Pengarah Urusan Galaxy Aerospace, Shamsul Kamar Samsuddin.

Turut hadir sama, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah, serta Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) KDN, Dr. Abdul Gapar Abu Bakar.

Saiful Lizan berkata, helikopter yang keseluruhan bernilai hampir RM530 juta ini dibangunkan oleh syarikat Leonardo Helicopters turut dipilih kerana pesawat ini mempunyai keupayaan transmisi utama untuk beroperasi tanpa minyak selama 50 minit dan Unit Kuasa Tambahan yang tersedia.

Jelas beliau lagi, AW189 telah menjadi helikopter kategori super-medium yang paling berjaya di dunia dari segi saiz pasaran, bilangan pengendali selain mampu melaksanakan pelbagai tugas termasuk Carilamat, bantuan bencana, pemadaman kebakaran, penguatkuasaan undang-undang dan sokongan tenaga.

Beliau menjangkakan pesawat berkenaan bakal siap sepenuhnya dan diserahkan kepada pihak agensi itusekitar tahun 2025 atau 2026 dan akan ditempatkan di Sandakan, Sabah. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Zii Jia tamatkan kemarau gelaran, juarai Terbuka Thailand

PEMAIN perseorangan lelaki utama negara, Lee Zii Jia menamatkann kemarau gelaran selama tujuh bulan apabila menjuarai Kejohanan Badminton Terbuka...

Lagi Artikel Berkaitan