31.8 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

Tampil muka baharu, filem Sazali Meor Coco ditayangkan di Korea

Mesti Baca

WALAUPUN mempertaruhkan pelakon baru dalam filem sulung terbitan mereka, ia bukan halangan untuk filem itu menembusi pasaran luar negara.

Sebaliknya, filem Sazali Meor Coco terbitan Aquila Emas Sdn Bhd berjaya menarik perhatian penonton luar apabila ia ditayangkan di Asian Content & Film Market (ACFM), Busan Korea pada 7 hingga 10 Oktober yang lalu bersempena dengan Busan International Film Festival.

Pengarah Urusan Aquila Emas Sdn Bhd, Syarizan Md Isa berkata, ACFM memberi pendedahan kepadanya terhadap trend, permintaan pasaran antarabangsa dan peluang usahasama dengan syarikat penerbitan dan pengedaran filem di luar negara.

“Lanjutan daripada itu beberapa siri perbincangan usahasama sedang dilaksanakan hingga hari ini.

“Kami sangat teruja akan perkara ini dan berharap tayangannya di Malaysia juga mendapat sambutan dan sokongan daripada penonton meskipun mempertaruhkan wajah-wajah baru sebagai pelakon utama,” katanya.

Filem sulung arahan Zizan Nin ini menampilkan pelakon seperti Syazani Zikry, Shahradhy dan Iman Zulkarnain sebagai tunjang utama.

Zizan berkata, filem ini memberi kepuasan kepada dirinya sebagai pengarah untuk berkarya disamping dapat mencungkil bakat-bakat baru yang berpotensi sebagai barisan pelakon pelapis di masa hadapan.

Advertisements

“Filem ini mudah untuk difahami oleh penonton dan konflik yang dipaparkan amat relevan dengan situasi masa kini iaitu ditindas disebabkan kurang ilmu dan pengalaman, kemiskinan bandar, penderaan kanak-kanak, orang gelandangan dan pempengaruh (influencer) menjadi popular disebabkan ledakan pengaruh media sosial.

“Semoga penonton akan ke panggung menonton filem ini kerana tidak sekadar menghiburkan ia juga bersahaja dan memberikan banyak mesej dan pengajaran yang berguna,” katanya.

Filem ini adalah penampilan sulung Syazani Zikry di layar perak yang memegang watak Sazali.

Memegang watak sebagai Coco, Iman juga turut menyumbangkan suara menyanyi empat buah lagu dalam filem ini.

Lagu tema filem ini Tiga Raga turut mendapat sentuhan komposer terkenal tanahair dan antarabangsa iaitu Zee Avi dan Sharon Paul.

Filem Sazali Meor Coco akan menemui penonton di seluruh pawagam tanah air pada 16 November ini. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

‘Oppa’ adaptasi kisah guru jadi mangsa ‘Love Scam’

TIDAK dinafikan kes yang membabitkan jenayah scam sememangnya cukup serius sehingga mangsa ditipu dan mengalami kerugian dari segi wang ringgit. Kejadian...

Lagi Artikel Berkaitan