31.8 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

Bekas kumpulan In-Team, Suhaimi Saad ditidurkan di ICU

Mesti Baca

BEKAS anggota kumpulan nasyid In-Team, Suhaimi Saad dilaporkan kini berada di unit rawatan rapi (ICU) di sebuah hospital di Johor Bahru, Johor.

Perkara itu disahkan ketua kumpulam In-Team, Mohd Syahril Abdul Khalid.

Mohd Syahril yang menziarah penyanyi itu, Sabtu lalu, berkata, keadaan penyanyi berusia 43 tahun itu kurang baik dan sedang ditidurkan.

“Suhaimi sakit dan sedang mendapatkan rawatan. Saya memohon orang ramai agar mendoakan dia segera sembuh,” katanya.

Advertisements

Mohd Syahril berkata, difahamkan Suhaimi sudah beberapa bulan kurang sihat dan muntah setiap kali makan hingga berat badannya susut.

“Baru-baru ini, bapa mentuanya membawa Suhaimi ke Johor Bahru untuk mendapatkan rawatan.

“Buat masa ini, isterinya Ina dan keluarga tidak mahu diganggu kerana mahu memberi tumpuan kepada Suhaimi,” katanya.

Suhaimi berkahwin dengan Ina Naim pada 12 Ogos 2007 dan dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ehmad Hadie Elfardie, Sallman Elkhoyri, Phyrosh Elfadwah dan Nur Layla Elghufrony. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

‘Oppa’ adaptasi kisah guru jadi mangsa ‘Love Scam’

TIDAK dinafikan kes yang membabitkan jenayah scam sememangnya cukup serius sehingga mangsa ditipu dan mengalami kerugian dari segi wang ringgit. Kejadian...

Lagi Artikel Berkaitan