31.8 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 20, 2024

Budak 4 tahun kritikal tertelan dadah kini ditidurkan

Hasil ujian saringan yang dibuat ke atas suspek mendapati dia positif dadah jenis methampethamine.

Mesti Baca

Ain Hamzah
Ain Hamzah
Wartawan Edisi 9

SEORANG kanak-kanak lelaki berusia empat tahun yang kritikal selepas dipercayai termakan dadah jenis methamphetamine kini ditidurkan di unit rawatan rapi (ICU), Unit Rawatan Rapi Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) di sini selepas keadaannya semakin lemah.

Ibu mangsa yang berusia 36 tahun berkata, dia bimbang apabila anaknya yang merupakan orang kelainan upaya (OKU) masalah pertuturan selain baru boleh berjalan itu tiada sebarang perkembangan positif sejak dimasukkan ke HRPZ II kelmarin.

Menurutnya, dia bertemu dengan anak bongsu daripada tiga beradik itu selama setengah jam malam tadi dan sempat menyentuh dan mengusap badan kanak-kanak tersebut yang masih tidak sedarkan diri.

“Doktor memaklumkan anak saya perlu ditidurkan akibat kesan dadah jenis methamphetamine yang membuatkan dirinya lemah.

“Saya tidak sanggup melihat keadaannya ketika ini. Meskipun tidak sedarkan diri, saya tetap memanggilnya dan berbisik supaya dia dapat membuka mata,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Menurut wanita itu, dia sentiasa berdoa agar anaknya sedarkan diri meskipun tidak boleh berjalan seperti biasa asalkan dia dapat melihat kembali bertentang mata kanak-kanak tersebut.

Semalam, Edisi9 melaporkan seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun di Kelantan kritikal susulan terdapat kandungan dadah dalam badan dan kini sedang menerima rawatan di hospital.

Mangsa yang tinggal di Kampung Sri Bintang, Kuala Krai dibawa ke Hospital Kuala Krai (HKK) jam 5 pagi semalam oleh ibunya untuk rawatan sebelum pihak hospital melaporkan kepada polis.

Menurut Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun, mangsa dibawa ke hospital dalam keadaan kritikal dan sebaik pemeriksaan dibuat mendapati dalam badannya terdapat kandungan dadah jenis methampethamine.

“Siasatan mendapati kanak-kanak lelaki ini dipercayai dibawa bapa saudaranya ke suatu tempat. Bagaimanapun, belum dapat dipastikan lagi sama ada mangsa diberikan dadah atau dibiarkan terdedah dengan bahan larangan itu sebelum memasukkannya dalam badan.

“Hasil ujian saringan yang dibuat ke atas suspek mendapati dia positif dadah jenis methampethamine dan turut memiliki tiga rekod lampau bersabit dadah,” katanya.

-EDISI9

Terkini

Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar meninggal dunia

BEKAS Ketua Polis Negara (KPN), Tun Mohammed Hanif Omar meningggal dunia di kediamannya di Shah Alam, Selangor pagi ini. Allahyarham...

Lagi Artikel Berkaitan